7 Foto: Fesyen “Memukau” Rozita Che Wan Ketika Tengok Bola Di Stadium Semalam

0
8664

Semalam telah berlangsung final pertama Piala Aff Suzuki, pasukan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil. Memang stadium menjadi tumpuan ramai dan semua rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perlawanan ini yang sememangnya dinantikan ramai terutama peminat bola sepak.

Selain orang biasa, golongan artis turut bersama hadir ke stadium untuk memeriahkan suasana dan menonton perlawanan akhir di stadium. Antara artis yang hadir ialah Rozita Che Wan ataupun Che Ta.

Malah, untuk edisi kali ini, adik ipar Che Ta iaitu suami kepada Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha merupakan ketuan pasukan (kapten) Harimau Malaya. Maka lagi bersemangatlah Che Ta datang memberi sokongan.

Sebelum ini, pelakon Rozita Che Wan dikatakan mahu membuat kejutan dan kelainan dengan menggayakan gaun pada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup.

Ramai juga yang tidak sabar melihat penampilan beliau semalam.

Namun, ketika hadir ke stadium, Che Ta dilihat tak jadi memakai gaun tetapi penampilan beliau masih lagi mengerlip dan memukau orang ramai. Rata-rata netizen memuji betapa cantiknya beliau ibarat remaja dengan fesyen hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Ini beberapa foto Che Ta ketika di dalam stadium:

Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Zaquan telah mengikat pasukan Vietnam 2-2 dalam perlawanan semalam yang menyaksikan Malaysia ketinggalan. Namun Harimau Malaya terus membuat comeback dan berjaya menyamakan kedudukan.

Malaysia akan menentang pasukan Vietnam pada hari Sabtu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here