Kini dah hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Noh Salleh dan isterinya, Miss Nina tak berputus asa dalam usaha untuk mendapatkan anak kandung.
Baru-baru ini, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan ada mendedahkan bahawa mereka sebenarnya pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Malah, Noh melihat sendiri isterinya menahan sakit ketika melakukan prosedur tersebut.
Noh turut akui amat kesian melihat usaha yang dibuat oleh isterinya itu:
“Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. All out weh. Ya Allah sampai sekarang aku kesian.
“Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.
“Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak,”
Dalam pada itu, Noh memberitahu mereka tidak mencuba ketika tahun pertama perkahwinan sebaliknya melakukan rawatan tersebut apabila memasuki usia dua tahun.
Kata Noh lagi, mungkin mereka belum dikurniakan zuriat kerana Allah merasakan mereka belum lagi bersedia untuk bergelar ibu bapa.
Ini komen Noh Hujan:
“Tengok orang lain bawa anak dekat stage. Kau tak sentap? Aku rasa macam seronok bila tengok. Mungkin tuhan tengok kita tak bersedia lagi aku rasa. Pendapatan pun tak stabil, sibuk nak besarkan anak orang,”
Untuk pengetahuan, Mizz Nina dan Noh Hujan telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tarikh 1 Julai 2011.
Semoga pasangan ini usaha lagi dan tak putus asa, dengan izinNya, semoga Noh dan Nina dikurniakan rezeki anak suatu hari nanti.
Sumber: Rotikaya