4 FOTO: Eman Manan Kemalangan Jalan Raya

Pelakon legenda, Eman Manan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Kemalangan dikatakan berlaku di lebuhraya LPT.

Melalui forum hiburan Cari, beberapa foto kemalangan tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pengguna yang menunjukkan kereta Eman Manan remuk teruk di bahagian depan.

Namun, pelakon hebat ini tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan baik. Syukur alhamdulillah.

Ini fotonya:

Ramai peminatnya mengucapkan rasa syukur kerana pelakon ini selamat dan tidak tercedera.

Eman Manan merupakan pelakon yang popular menerusi drama Keris Hitam Bersepuh Emas, satu filem aksi yang amat hebat!

Sumber: Cari

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here