3 Tips Mudah Bantu Anda Jadi Pelumba Handalan Bersama Zizan dan Pengejar Impian Cub Prix

0
137

Pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak berpeluang mendapatkan tips berkenaan daripada Pengejar Impian PETRONAS Cub Prix ini.

Meskipun sudah dikategorikan sebagai penunggang mahir,namun Zizan tetap teruja mengetahui lebih lanjut tips-tips menunggang motocross sekaligus meningkatkan kemahiran sedia ada.

Zizan yang berpeluang mengikuti off-road training bersama tiga Pengejar Impian PETRONAS Cub Prix berjaya menguasai sebaiknya tips dikongsikan biarpun ia suatu yang baru baginya.

Melalui perkongsian ketiga-tiga pelumba itu, Zizan didedah beberapa tips yang perlu difahami dan dikuasai penunggang ketika menunggang di jalan raya mahu pun off-road.

Tips pertama melibatkan pengendalian brek yang perlu memenuhi tiga syarat utama iaitu badan dalam keadaan tegap, selain tayar hadapan tidak lock dan tayar belakang tidak terangkat sebagai mana dijelaskan Muhammad Akid Aziz dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Racing.

Tips kedua sebagai mana dikongsikan Muhammad Haziq Muhammad Fairues juga dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Racing, tentang bagaimana mengawal pecutan dengan memastikan tayar dalam keadaan selesa tanpa spin dan terpacak.

Ahmad Afif Amran dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing Team pula berkongsi tips ketiga iaitu kawalan di selekoh, perlu mengelak dari membrek atau membuka minyak ketika di selekoh.

Menurutnya, brek tidak boleh ditekan secara mendadak begitu juga dengan bukaan minyak,tidak boleh terlalu cepat.

Katanya, brek perlu dilakukan sebelum mengambil selekoh manakala bukaan minyak dilakukan selepas mengambil selekoh. Ketiga – tiga tips berkenaan berjaya dilakukan dengan baik oleh Zizan biar pun ia pengalaman pertama beliau menunggang dilaluan off-road.

Zizan juga berkongsi tentang aspek keselamatan ketika menunggang terutama melibatkan pemakaian sut yang sesuai bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

****

#Tipspertama:Pengendalian brek, perlu penuhi tiga syarat utama iaitu Internal badan perlu berada dalam keadaan tegap, selain tayar hadapan tidak lock dan tayar belakang tidak terangkat.

#Tips kedua:Mengawal pecutan dengan memastikan tayar dalam keadaan selesa tanpa spin dan terpacak.

#Tipsketiga:Kawalan mengambil selekoh, dimana brek perlu ditekan sebelum mengambil selekoh manakala bukaan minyak dibuat selepas mengambil selekoh atau dengan kata lain elakkan dari membrek atau membuka minyak ketika di selekoh. Jom saksikan aksi Zizan bersama Pengejar Impian Cub Prix ini.

https://www.youtube.com/watch?v=1ztLxOAmQ6s&t=126s

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here