3 Tips Kendali Motosikal Cara Professional.. Mekanik MotoGP ini Kongsi Pengalaman..!!

0
1159

Tidak cukup dengan hanya tahu menunggang, sebaliknya penunggang yang baik perlu memiliki ilmu bagi membolehkan mereka mengendalikan kenderaan dengan cekap.

Mekanik profesional bagi Kejuaraan Dunia Moto2 dan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, Habibtullah Mohd Fuad berkongsi beberapa tips penting dalam mengendalikan motosikal terutama yangberkuasa tinggi.
Tips PERTAMA, tayar adalah komponen UTAMA. Sesuai dengan kepentingannya, tayar perlu sentiasa dalam keadaan baik dan tidak botak.
Tips KEDUA, KESEIMBANGAN.
Salah satu elemen penting bagi memastikan keselesaan ketika menunggang. Motosikal dah laju,sistem brek dan tayar kena balance supaya ada keseimbangan.
Tips KETIGA, KESELESAAN.
Sesuaikan motosikal agar selesa ditunggang. Jika perlu kepada adjustment, lakukan demi keselesaan.Tapi kalau klac, rider perlu ikut sistem ditetapkan supaya ia tak rosak atau haus. Sistem klac perlukankelonggaran antara 2 milimeter (mm) hingga 10 mm.
Mengulas lanjut, Habib yang juga bekas mekanik Supersport Asia 600cc (2008- 2011) dan Kejuaraan Sepanyol Moto2 (2012- 2013) berkata, PETRONAS Sprinta Ultra7ex boleh memberikan keseimbangan selain menjaga prestasi, memberi perlindungan dan memastikan ketahanan enjin.
Dalam pada itu, perkara sama diakui Personaliti Pelumba Superbike, Yulina Tan Jade.
Yulina sehingga kini masih menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan superbike termasuk daripada Habib demi mengejar impian sebagai juara pada perlumbaan peringkat kebangsaan suatu hari nanti.
Menurutnya, tiada yang mustahil selagi ada keinginan untuk berjaya dan jangan pernah berhenti meningkatkan keupayaan diri. Habib dan Yulina merupakan Pengejar Impian PETRONAS yang akan terus berjuang dalam lapangan masing- masing demi mencapai impian mereka.
Berminat mengetahui lebih lanjut tentang SPRINTA UltraFlex?
Jom saksikan video di link di bawah ini;

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here