Hari ini, industri hiburan terlupa sikit tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung Ahad lalu terutama persembahan Sufian Suhaimi.
Ini apabila pelakon jelita Emma Maembong tampil membuat pengakuan sudah lagi tidak bertudung apabila berada di khalayak umum sejak tiga hari yang lalu.
Emma Maembong mengumumkan hal ini di portal Berita Harian petang tadi menerusi satu temubual eksklusif.
Ini antara komen Emma:
“Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,”
Ini gambar yang dimuatnaik oleh Ig peminat setia Emma Maembong iaitu Emmanizers
Ini foto terkini Emma Maembong:
Sebelum ini, seorang pelakon popular yang juga sepupu Emma Maembong iaitu Uqasha Senrose pernah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila membuat pengumuman tidak lagi bertudung. Kali ini memang tak disangka Emma pula berbuat sedemikian.
Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Emma Maembong.
Sumber: Ig Emmanizers