Kisah rumah tangga pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak memang kerap diperkatakan.
Tahun lepas dikatakan hubungan mereka goyah namun mereka berdua telah menafikan hal berkenaan dan memilih untuk berdiam diri.
Terbaru, akhirnya, pada hari ini, Rashidi sendiri akui mereka dah bercerai.
Pengumuman ini dibuat menerusi Instagram miliknya sekaligus menjawab segala persoalan peminat selama ini.
Menurut Rashidi, dia dan Vanidah telah memfailkan penceraian mereka itu sejak Ogos tahun lalu lagi. Dia telah meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan perkara itu atas beberapa sebab.
“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan perceraian kami. Secara rasmi di depan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami mengakhiri perkongsian hidup selama 17 tahun bersama. Saya memohon maaf kerana tidak menyampaikan perkara ini lebih awal.
“Ini adalah untuk kami melindungi keluarga dan rakan-rakan selain menghormati kedua-dua belah keluarga. Saya menghargai sokongan yang diberikan kepada kami, terutamanya untuk Vanidah.
“Kegagalan dalam sesebuah institusi adalah disebabkan kepimpinan yang lemah. Dalam perkahwinan, hubungan yang retak dikaitkan dengan kesalahan imamnya.
“Mungkin ya mungkin tidak, namun pemimpin yang baik akan sentiasa disedari dalam apa jua keadaan. Saya bukanlah imam yang baik.
Untuk pengetahuan, Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.
Ini caption penuh dari Rashidi di laman IG:
Salam and may peace be upon you.
On 9th August 2018, I and Vanidah had filed a dissolution of our marriage. And officially in front of Kuala Lumpur Syariah Court’s judge, we have had our legal partnership of 17 years ended by mutual respect and understanding.
My sincerest apologies for withholding this news and information. It was intentional as we were very protective of our family and friends and respecting both families’ feelings, lives and privacy.
I want to thank all of you for always showing your support to us, especially your support to Vanidah, who has beautifully grown and blossomed so much in her career and life. From the bottom of my heart, thank you.
A failed administration in any institution is only caused by a weak and incompetent leadership. And it is spurred by prolonged dissatisfaction, feeling oppressed by the leader. And a change is what they yearned for. In marriages, a crumbled partnership is solely to be blamed by it’s Imam. It may or may not be, but a great leader will always shines through good and bad. I was not, at all a good Imam.
#forgiveme #thankyou
Sumber: Rashidi Ishak