153 Kes Baru Dilaporkan 37 Orang Dirawat di ICU dan 4 Kematian.. COVID-19 Mencecah 1,183.. 21 Mac 2020!!

TERKINI: Menerusi laman twitter KKM PUTRAJAYA, sebanyak 153 kes baru dilaporkan, 36 orang dirawat di ICU dan angka kematian kini mencecah 4 orang.

Sehingga kini, 37 kes positif #COVID19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 23 daripada jumlah ini memerlukan bantuan pernafasan. 

27 kes telah pulih pada 21 Mac, menjadikan 114 telah sembuh dan discaj.

Jumlah yang dijangkiti wabak covid-19 kini mencecah 1,183 keseluruhan pada 21 Mac 2020.

Dipetik dari laman twitter KKM Putrajaya;

Dukacita dimaklumkan, sepanjang tempoh 24 jam lalu, dua (2) kematian kes COVID19 dilaporkan. Kes kematian ketiga telah dimaklumkan malam tadi di Twitter KKMPutrajaya. Kes kematian keempat melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun.

Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hsptl Melaka pada 12 Mac. Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi.

Pada jangkaan KKM, kes akan meningkat pd minggu depan. KKM mohon ahli-ahli tabligh untuk tampil ke depan bagi tujuan saringan kesihatan Dalam perkembangan lain, KKM tidak boleh mendedahkan maklumat seseorang pesakit kepada orang ramai tanpa mendapatkan persetujuan daripadanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya duduk di rumah dan tidak keluar ke mana mana sepanjang musim penularan wabak covid19.

Sumber: KKM PUTRAJAYA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here