15 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 dan Seorang Di ICU.

0
2339

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga hari ini seramai 15 petugas kesihatan telah dijangkiti virus COVID-19.

12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.
Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah, katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here