15 FOTO: Sekitar kemeriahan majlis malam berinai Fasha Sandha

Pelakon popular tanah air Fasha Sandha dan pasangannya yang juga pelakon Aidil Aziz telah membuat satu majlis malam berinai dengan tema Melayu Klasik sempena majlis pernikahan mereka berdua tak laam lagi.

Majlis berinai itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dan ianya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan pihak media.

Pasangan merpati dua sejoli itu nampak cantik dan segak dalam busana berwarna ungu. Memang amat jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Fasha Sandha dan juag Aidil Aziz.

Difahamkan Fasha Sandha dan Aidil Aziz akan diijabkabulkan pada hujung minggu ini. Ramai yang memberi ucapan doa agar segalanya dipermudahkan buat mereka berdua dan semoga kekal sehingga ke jannah.

Ini beberapa gambar ekitar kemeriahan majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aidil Aziz. Jom layan

Majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz daidakan di The Love, Matic, Kuala Lumpur. Sungguh bahagia melihat pasangan ini.

Dalam paad itu, sehingga hari ini kedua-duanya masih belum mahu berkongsi tarikh sebenar pernikahan mereka, namun mengakui ia akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Ini komen Fasha:

“Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.

“Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu beliau dan Aidil akan berbulan madu di Pulau Langkawi selepas perkahwinan.

Memang ramai para peminat yang tak sabar nak lihat Fasha Sandha dan Aidil disatukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here