15 Bidang Ditawarkan, Ini Senarai Program Yang Boleh Diambil Pelajar Di Bawah TVET@KPLB

Umumnya, ramai sudah tahu kini program vokasional merupakan di antara bidang yang menjadi pilihan pelajar untuk mengembangkan skil dan potensi ke tahap lebih jauh. Kini para pelajar mempunyai banyak pilihan untuk memilih bidang yang diminati dalam program yang ditawarkan oleh TVET.

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Di bawah Pendidikan TVET@KPLB, terdapat 279 institusi menawarkan program TVET bagi lepasan SPM/ sekolah serta belia luar bandar dalam membina kerjaya masa hadapan.

Program yang ditawarkan di TVET@KPLB dibahagikan kepada 15 bidang seperti berikut;

  1. Keusahawanan/ Teknousahawan
  2. Fesyen & Pakaian
  3. Kecantikan
  4. Kulinari/ Pelancongan / Hospitaliti
  5. Pertanian
  6. Seni Reka & Multimedia Kreatif
  7. Pengangkutan & Teknologi Logistik
  8. Teknologi maklumat & Komputer
  9. Teknologi Bahan
  10. Bioteknologi
  11. Perubatan & Penjagaan Kesihatan
  12. Minyak & Gas
  13. Elektrik & Elektronik
  14. Kejuruteraan Awam & Seni Bina
  15. Mekanikal & Pembuatan

Di bawah TVET@KPLB, terdapat 3 pilihan laluan pendidikan iaitu pada peringkat sijil kemahiran, seterusnya diploma kemahiran dan akhirnya ke peringkat yang tertinggi HI-TVET (sarjana muda/sarjana/Ph.D). Laluan ini sebenarnya memberi peluang kepada pelatih yang tidak memiliki kelayakan akademik yang mencukupi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Melalui program TVET@KPLB ini juga, pelbagai kejayaan telah dicapai sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara kejayaan tersebut ialah pelatih Kursus Teknologi Fesyen GIATMARA Saratok, Sarawak iaitu Hanafi Osman dinobatkan Best of Nation dan Medallion of Excellence WorldSkills Competition 2019 di Kazan, Rusia. Manakala Pelajar IKM Kota Kinabalu iaitu Juvert Sooi pula merupakan pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2019, iaitu anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan.  Kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi kayu pengukur untuk pelajar-pelajar mencorakkan langkah  ke hadapan dengan kepakaran yang dimiiki oleh tenaga pengajar di TVET@KPLB.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pilihan-pilihan program dan maklumat yang lebih kemaskini, korang boleh klik ke laman  web tvet.rurallink.gov.my.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here