TERKINI: Menerusi laman twitter KKM PUTRAJAYA, sebanyak 130 kes baru dilaporkan dan menjadikan jumlah yang dijangkiti wabak covid-19 kini mencecah 1,030 keseluruhan pada 20 Mac 2020.
Daripada 130 kes baru itu, 48 kes berkait kes kluster tabligh. 12 lagi kes telah sembuh menjadikan 87 telah sembuh. 26 pesakit dalam ICU.
Taburan mengikut negeri paling tinggi kes ialah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor.
Orang ramai dinasihatkan berada di rumah dan tidak melakukan aktiviti luar supaya dapat mengekang penularan wabak COVID- 19.
SUMBER: KKM PUTRAJAYA