10 Ekor Lipas Besarang Dalam Telinga

Tabiat tidak menjaga kebersihan serta suka membiarkan makanan bersepah telah menyebabkan telinga seorang lelaki menjadi tempat pembiakan sekumpulan lipas.

Lebih daripada 10 ekor lipas dikeluarkan dalam telinga seorang lelaki yang telah mengadu sakit yang melampau semasa tidur. Kejadian ini berlaku di China.

Individu yang dikenali sebagai Lv itu telah bergegas mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe, Huiyang di China sejurus ahli keluarga lain menjumpai lipas  itu sedang membiak dalam telinganya,

Kehadiran lipas itu dikesan apabila lampu disuluh ke telinga lelaki berusia 24 tahun itu untuk mencari punca dia mengalami sakit telinga melampau.

Kata pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Zhong Yijin telah memberitahu berita mengejutkan bahawa terdapat lebih 10 anak lipas dalam telinga lelaki itu.

“Ia berlegar-legar di dalam telinganya,”

Dr Yijin berhasil mengeluarkan kesemua lipas yang membuat sarang dalam telinga lelaki tersebut termasuklah  yang bersaiz besar yang dipercayai ia adalag ibu lipas spesis Blatella Germanica.

Disebabkan prosedur mengeluarkan lipas itu melalui telinganya pemuda berusia 24 tahun itu hanya mengalami kecederaan kecil pada telinga kanannya.

Individu itu juga telah dibenarkan pulang kerumah selepas pihak hospital berpuas hati dengan keadaannya dan dipantau oleh doktor dan dia diberiakn ubat cecair untuk dititis dalam telinganya.

Kejadian tersebut terjadi apabila Lv mempunyai tabiat yang kurang bersih iaitu dia selalu membiarkan lebihan makanan bersepah di sekitar tempat tidur serta katilnya.

Disebabkan tindakan pengotor yang dilakukan oleh Lv telah menyebabkan lipas-lipas berkenan datang mencari makan sekaligus masuk ke telinganya untuk membuat sarang.

Tak sangka ya! Bukan sekor yang ada malah lebih dari 10 ekor lipas sedang membiak dalam telinganya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here