Header Ads

Zizie Ezette Komen Bung Moktar Yang Busy Sebagai Wakil Rakyat



Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Moktar Radin iaitu pelakon Zizie Ezette memberi komen tentang perihal suaminya.

Pelakon yang juga kakak kepada Shaheizy Sam ini berkahwin dengan Bung Moktar pada tahun 2009.



SIBUK TAPI TAK LUPA TANGGUNGJAWAB

Zizie Ezette menyatakan bahawa suaminya tak pernah lupa akan  tanggungjawab nya sebagai suami walaupun sibuk sebagai wakil rakyat.

Ini dedah Zizie Ezette:

"Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidak hebat tanpa mereka,"



Zizie menyatakan hal itu ketika ditanya oleh followernya di Instagram berkaitan cara menjaga anak-anaknya dengan suami yang selalu sibuk.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun, dan Aaric Zayn Izette, 1 tahun.



TENTANG ANAK ANGKAT

Zizie Ezzette juga ditanya bagaimana caranya melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Sebenarnya dia dan keluarga tak pernah ada istilah anak angkat kerana kesemua baginya adalah anak sendiri.

"Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat.

"Dalam keluarga kami tiada istilah anak angkat. Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata,"


Semoga Zizie Ezette berbahagia selalu bersama suami di sisi dan juga anak tersayang.

Sumber: IG Zizie Ezette / mStar


No comments

Powered by Blogger.