Header Ads

(VIDEO/FOTO) Gempa Bumi Di Lombok, 82 Terkorban.. Bali Turut Terkesan


Semalam telah berlaku satu gempa bumi yang amat kuat di Lombok dan dilaporkan telah mengorbankan 82 nyawa.

Berpuluh-puluh mangsa menglamai kecederaan serta banyak bangunan yang telah rosak teruk akibat gegaran berkenaan.

Dari laporan, gegaran gempa bumi tersebut berukuran 7 magnitud dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira pukul 6.46 petang waktu Jakarta.

Ia adalah gegaran gempa bumi kedua yang menyebabkan kematian yang telah berlaku di pulau berkenaan yang popular sebagai tarikan pelancong.

Disahkan, antara yang maut adalah seorang kanak-kanak berusia setahun dan warga emas, 72 tahun.



Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu ratusan mangsa mengalami kecederaan.

Sementara itu, mangsa yang maut kebanyakkannya di utara Lombok, jauh dari destinasi pelancongan di pulau Lombok.

Pegawai penyelamat berkata banyak kerosakan melanda bandar utama Lombok di Mataram.

Video yang dimuat naik di media sosial merakamkan suasana panik orang ramai susulan gempa bumi kuat itu.

Sementara itu, kesan gegaran gempa bumi itu  turut dirasai di kepualau Bali termasuk Lapangan Terbang Bali.

Pelbagai foto dan video di muat naik oleh mangsa di laman media sosial di pusat pelancongan popular Indonesia itu.

Ini antara foto yang dimuatnaik (via @bali_Chris)









Ini video dari seorang mangsa yang merasai gegaran gempa bumi berkenaan.





Sebarang update tentang keadaan di negeri seberang akan diberitahu kelak. - PENMERAH

Sumber: mStar/SiakapKeli

No comments

Powered by Blogger.