Header Ads

(VIDEO) “Amar Selalu Mengadu Kawan-Kawan Selalu Ejek Mata Dia.” Anak Aliff Syukri Selamat Jalani Pembedahan Mata..



ANAK sulung kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan selamat menjalani pembedahan ke atas matanya yang juling lapor Astro Awani.

Menurut Aliff Syukri, pembedahan itu dilakukan selepas anaknya mengadu sering diejek oleh rakan-rakannya kerana kecacatan di mata anak lelakinya itu.


"Dia (Ammar) selalu mengadu kawan-kawan selalu ejek mata dia. Insya Allah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya... setelah 6 bulan menjalani rawatan hari ini (29 Julai 2018) Ammar akan menjalani pembedahan mata supaya matanya normal," tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi entri yang sama di IG, Aliff memberitahu mengapa dia jarang memperkenalkan anaknya itu di laman sosial.

Aliff berkata anaknya itu seorang pemalu namun seorang yang bijak di sekolah.


"Ramai orang tanya kenapa saya jarang post di ig atau fb mengenai anak sulung saya? sebab Ammar anak sulong saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dengan orang ramai, camera padahal dia bijak disekolah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal banyak surah di alquran..even saya rasa di lebih bijak dari saya.. tapi sebab sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis-menangis dia buat saya geram... saya nak anak saya jadi yang terbaik dan yakin dengan orang ramai..mungkin dia malu sbb matanya juling air," tulisnya lagi.




Mengenai perkembangan terkini, anaknya itu sudah selamat menjalani pembedahan mata dan kini dalam proses untuk pulih seperti biasa.

Foto: IG Aliff Syukri

No comments

Powered by Blogger.