Header Ads

"Ummi dah ada adik baby, ummi tak sayang lagi" - Luahan sedih anak kecil

 
Ini satu perkongsian dari seorang ibu yang mana sikap anaknya mula berubah setelah mendapat adik baru.

Perkongsian ini amat baik unttuk dibaca semua ibu bapa dan juga bakal ibu bapa.

Anak kecil juga ada hati perasaan yang perlu di jaga dan janganlah di ambil mudah apatah lagi berkaitan kasih saya.

Kadang-kadang ibu bapa boleh terlepas dengan perkara sebegini.



Mari baca kisah pengajaran ini:

Satu hari, anak kedua saya Amri Suhaily meluahkan perasaan.

"Abang Amir semua baik je.. Kalau Abang Ayie semua tak baik."

Sayu sangat suara dan saya tahu itu luahan yang amat kesedihan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu.

"Semua orang cakap Ummi dah ada adik, ummi tak sayang Abang Ayie lagi."

Dua tiga kali dia mengadu, nak balik kampung duduk dengan ibu ayah saya. Mungkin sudah lama makan hati dengan kata-kata orang yang ummi dah tak sayangkan dia sebab ada baby. Subhanallah. Sedih rasa.

Masa baru bersalin, perasan ada juga yang mengusik "Ummi dah tak sayang Amri, ummi dah ada baby."




Iya, dia sudah besar. 5 tahun jadi anak bongsu, tiba-tiba ada adik baby. Memang seronok, teruja tapi makan hati dengan usikan orang dewasa yang tak cerdik.

Masa masih dalam pantang, ramai melarang Amri Suhaily pegang baby tapi abangnya Amir Solihin pegang baby, lagi tambah geram.

Banyak sangat pesanan "jangan ya, jangan itu, jangan ini" sampai dia rasa semua pun tak boleh. Sayang juga adik tapi tak tahu macammana nak terjemah, dek sebab orang semua tak bagi dekat dengan adik dia jadi membuak perasaan geram.

1. Ditutup muka adik dengan kain masa ummi ke dapur sambil dia cakap "haaa adik dah mati, adik dah mati." Saya yang tak faham apa, tengah makan. Sekali suami maklum baby dah tercungap lemas kena tutup dengan kain.




2. Setiap kali saya letak baby di bantal, baby akan menangis selop. Angkat, terus diam. Letak lagi, menangis. Awal ingatkan usikan Ummu Sibyan, baca ayat qursi dan beberapa ayat quran.

Pun masih juga menangis bila letak di bantal. Esoknya suami tanya kenapa kepala baby berlekuk, kena ketuk dengan abang ke? Huhu. Tak tahu juga nak kata sebab tak nampak dengan mata.

Dua hari kemudian kemas katil baby baru nampak ada "sesuatu" yang diletakkan bawah bantal. Patut la baby menangis, sakit kepalanya sampai berlekuk.

3. Tahu ianya perbuatan Amri Suhaily sebab beberapa hari kemudian dia sorokkan lagi barang bawah bantal baby.

~ Saya mula sebut baby sayang Abang Amri.
~ Ummi pun sayang Abang Amri.
~ Abang Amri boleh pegang baby, tapi kena duduk baik-baik. Pegang elok-elok, tak boleh kuat sangat nanti adik sakit.

Subhanallah, selalu intai bila ditinggalkan mereka berdua, nampak dia cium adik dengan sopan dan baik. Cakap dengan adik "abang sayang adik, abang sayang adik".

Kalau dia minta suapkan nasi pun, suapkan juga. Sebab emosinya juga perlu "feeding".





Kawan-kawan ziarah, bawa hadiah untuk baby. Alhamdulillah rezeki. Tapi paling saya terharu, sahabat manis seorang ni bawa hadiah baby dan buah tangan untuk anak-anak juga.

"Untuk Amri ke ni?"

"Ya. Amri kongsi dengan Abang Amir tau!"

"Okay!"

Itulah tetamu kegemaran. Siap sorok kunci tak bagi balik.

Kadang kita terlupa menjaga emosi dan hati anak-anak. Pengajaran untuk saya, bila ziarah sahabat dapat baby, hadiah baby bukan keutamaan tapi buah tangan pada abang kakak baby.

Bila ziarah kenalan atau saudara dapat anak baru JANGANLAH MENGUSIK ABANG ATAU KAKAK YANG IBUBAPA TAK SAYANG SEBAB ADA BABY.

Mereka akan rasa tak selamat dan gigih nak buat sesuatu pada baby walhal mereka sayang adik baru.

Kita yang dewasa, fikirlah dengan matang.

Kalau tak boleh cakap yang baik, diam sahaja.

Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah.

Ummu Amir.


Sumber: Insyirah Solehah



Pengajaran paling penting di atas ialah janganlah kita  mengusik atau bergurau dengan abang atau kakak yang baru dapat adik bahawa ibu bapa mereka dah tak sayang mereka apabil adanya adik baru.

Ini amat penting kerana ia nya boleh mengusik hati anak kecil itu. Jangan lupa mereka juga manusia yang dahagakan kasih sayang.

Semoga kita semua beringat dan jagalah anak kecil dengan sebaik-baiknya. Semoga semua didikan ibu bapa kepada anak-anak berjalan lancar dan baik. Amin.

No comments

Powered by Blogger.