Header Ads

"Tindakan Haqiem tidak wajar. Biarpun suara saya sumbang, sepatutnya dia kena hormat" - Peserta


Telah menjadi viral apabila penyanyi remaja Haqiem Rusli merampas mikrofon seorang peserta rancangan nyanyian yang telah mencetuskan kemarahan netizen dan melabel Haqiem sebagai biadap.

Ramai yang meluahkan rasa tak puas hati dengan tindakan Haqiem itu.



HAQIEM BIADAP RAMPAS MIC

Haqiem Rusli bertindak merampas mikrofon peserta program realiti "I Can See Your Voice Malaysia" bernama Syamsul kerana peserta itu menyanyikan lagunya dengan begitu sumbang.

Ini videonya:


Apabila dikritik, Haqiem Rusli memberi penjelasan dan mengatakan tindakannya itu sekadar untuk menceriakan keadaan dan anggapnay sebagai gurauan sahaja.

Haqiem Rusli turut meminta agar orang ramai berhenti mencari kesalahannya.



PESERTA TAMPIL BERI RESPON

Bagaimanapun, peserta berkenaan Mohd Syamsul Nordin, 19 tahun dilihat terkejut dan seperti terkilan dengan perakra berkenaan.

Syamsul berkata tindakan Haqiem itu tidak wajar dan sepatutnya dia menghormati peserta yang terlibat.

Ini komen Syamsul melalui portal mStar:

"Pendapat saya, mungkin tindakan Haqiem itu tidak wajar dilakukan apatah lagi dia seorang artis. Kerana setiap tindak tanduk anda diperhatikan.

"Biarpun suara saya sumbang, sepatutnya dia kena hormat dan membiarkan saya menyanyikan lagu sampai habis. Kalau tonton program itu versi Korea, juri-juri mereka tidak akan melakukan seperti itu.

"Tapi saya tak marah dia, cuma rasa terkejut dan tak sangka Haqiem tiba-tiba naik ke pentas dan rampas mikrofon itu"


KELUARGA TAK PUAS HATI

Syamsul yang berasal dari Tawau, Sabah memberitahu keluarganya juga tidak berpuas hati dengan kelakuan Haqiem Rusli tersebut.

Tetapi katanya, ahli keluarga mengambil perkara itu secara positif kerana tujuannya untuk menyertai program tersebut untuk menghiburkan orang ramai dan tidak kisah jika suaranya diperkatakan.

Syamsul kemudian meminta agar Haqiem Rusli lebih berhati-hati dan lebih berjaga ketika melakukan apa saja perkara selepas ini. -PENMERAH

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.