Header Ads

Terkejut Dengan Pemergian Ibu, Ini Komen Anak Nurin Misha


Hari ini industri hiburan berduka apabila pelakon drama yang popular dengan watak sebagai ibu, Nur Amisah Abdullah atau Nurin Misha pergi buat selamanya pada usia 52 tahun.

Allahyarham Nurin Misha meninggal dunia kerana sesak nafas di rumahnya yang terletak di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sekitar jam 9.30 pagi hari ini.



Bercakap kepada portal Harian Metro, Anak ketiga arwah Nurin Misha iaitu Muhd Affendi Alias, 28 tahun memberitahu adik beradiknya terkejut apabila ibu telah disahkan meninggal dunia.

Apatah lagi, ibu nya itu tak pernah ada sebarang penyakit sebelum ini.

Muhd Affendi berkata, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya adalah pada Jumaat yang lepas di rumah keluarganya.

Arwah ibunya tidak bersendirian kerana ada ahli keluarga di sisi ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.



Ini kenyataan anak arwah Nurin Misha:

SATU KELUARGA TERKEJUT

"Kami sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah emak kerana selama ini emak sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

MENGADU PENAT

"Cuma adik beritahu emak hanya mengadu penat dan sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi" 



TIADA PERUBAHAN SIKAP

"Saya juga tidak melihat sebarang perubahan sikap emak kerana dia melayan kami seperti biasa saja di rumah"

ARWAH TIDAK SENDIRIAN

"Mujur dua abang dan adik ada di rumah ketika itu. Buat masa ini, semua ahli keluarga berkumpul di rumah untuk menguruskan jenazah.

"Insya-Allah, jenazah arwah emak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching selepas solat Asar hari ini"


Allahyarham Nurin Misha telah pergi buat selamanya meninggalkan suami dan 5 orang anak.

Semalam, lakonan arwah Nurin Misha iaitu drama cerekarama Arafah abri disiarkan disiarkan di TV3.

Mari kita doakan arwah, Al Fatihah. - PENMERAH

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.