Header Ads

Tan Sri Muhyiddin Yassin Akan Jalani Chemotherapy - Tun Mahathir


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang kuat Pakatan Harapan kini sedang berehat seketika untuk menjalani rawatan.

Selepas kerajaan baru memenangi pilihanraya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.




Dalam satu temubual, Tun Dr Mahathir  menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu.

"Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi" - Tun M

Ini videonya: (via The Star)





Tan Sri Muhyiddin Yassin bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura. Tugas sebagai Menteri Dalam Negeri kini dipangku oleh Tun Dr Mahathir.

KEMBALI BERTUGAS, AKAN BUAT KIMOTERAPI

Ahli parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka kembali bertugas pada minggu depan berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada Selasa ini dan akan menghadiri beberapa mesyuarat.

Menerusi satu sidang media, setiausaha, Hafiz Abdul Halim berkata, atas nasihat doktor, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jalani rawatan susulan termasuk chemotherapy untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.



Ini sidang media rasmi:

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI

Keadaan kesihatan YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin semakin baik dan beliau akan kembali bertugas pada minggu hadapan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2018 dan menghadiri beberapa mesyuarat.

Atas nasihat doktor, beliau akan menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.

Pihak pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa tugas-tugas rasmi Tan Sri Muhyiddin adalah agak terhad sepanjang beliau menjalani rawatan susulan. Ini adalah untuk memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya. 

Hafiz Abdul Halim
Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Dalam Negeri
11 Ogos 2018

Semoga maju jaya buat Tan Sri Muhyiddin Yassin dari segi kerjaya dan juga kesihatan. Semoga segalanya baik-baik sahaja - PENMERAH




No comments

Powered by Blogger.