Header Ads

"Tak sangka mereka 'pergi' bersama" - Ibu Hilang Dua Anak Serentak.. Sayunya


Anak merupakan permata hati buat ibu bapa. Oleh itu, memang tidak dapat dibayangkan jika seorang ibu kehilangan dua orang anak serentak.

Tak tercapai pemikiran untuk memahami perasaan ibu yang hilang anak sekaligus.




Itulah tragedi yang berlaku di Pahang apabila seorang ibu menerima berita dua orang anaknya lemas dalam kejadian di Muara Sungai Balok, petang Jumaat.

Ibu berkenaan bernama Wan Norhuda 41 tahun, dan dalam keadaan sayu serta sebak sempat bercerita bagaimana dia mengetahui berita sedih ini.

Seorang jiran datang ke rumah menyuruhnya datang ke kawasan pantai tidak jauh daripada rumahnya dan dia mula tidak sedap hati.

Ini cerita wanita berkenaan:



"Apabila tiba di pantai, saya lihat mayat Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, terbaring di pantai.

"Sementara anak bongsu saya, (Muhammad Hafizul Iman, 10 tahun) masih belum ditemui," 

"Ni kali pertama mereka mandi di pantai berkenaan kerana sebelum ini saya melarang pergi ke sana, namun saya tak sangka ia akhirnya meragut nyawa dua-dua anak saya,"

"Memang jadi kebiasaan mereka keluar bermain pada waktu petang bersama rakan dan akan pulang sebelum Maghrib, namun tak sangka mereka mandi di pantai berkenaan.

"Kira-kira 7 malam, ada jiran datang dan meminta saya pergi ke pantai, ketika itu terdetik di hati bahawa ada sesuatu menimpa mereka," 




Wan Norhuda yang mempunyai enam orang anak, dua lelaki dan empat anak perempuan.

Mangsa yang lemas merupakan kedua-dua anak lelaki, iaitu anak nombor lima dan keenam.

Khabarnya, itu merupakan kali pertama mangsa ke pantai kerana sebelum ini, mereka sering dilarang ke sana.

Tragedi berlaku pada jam 5 petang hari Jumaat, yang mana dua beradik murid Sekolah Kebangsaan Balok itu lemas selepas mandi di Muara Sungai Balok.



Dalam pada itu, kakak kepada mangsa, Nur Athirah 14 tahun, memberitahu, dua-dua adiknya itu amat rapat dan kehilangan mereka pasti terasa.


Ini kata kakak mangsa:

"Mereka amat rapat memandangkan hanya mereka sahaja anak lelaki dalam keluarga, sering keluar dan bermain bersama... ke mana-mana pun bersama.

"Namun, saya tidak menyangka mereka juga 'pergi' bersama, walaupun sedih namun saya reda dengan kejadian ini,"


Takziah buat keluarga mangsa, tabahlah hati.

Sumber: mStar / Harian Metro
Foto: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.