Header Ads

Seluar Ketat Sampai Anak Lemas, Ini Kenyataan Mia Ahmad

 
Pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad kini sedang hamil anak pertamanya.

Namun Mia Ahmad sering dikecam kerana berpakaian yang ketat dan sendat sehingga ada mengatakan ianya akan memudaratkan kandungannya itu.

Berang dengan komen negatif netizen yang sering mempersoalkan pemakaiannya, Mia Ahmad tampil memberi komen.

Pelakon berumur 29 tahun ini berkata, kebanyakkan yang menulis komen menghentamnya sebenarnya tak ada pengetahuan tentang adanya pakaian khas yang direka untuk wanita mengandung.




Ini penjelasan Mia Ahmad: (via mStar)

"Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian orang mengandung). Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja.

"Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu,"
Mia Ahmad teruk dikritik kerana memakai seluar jeans yang dikatakan ketat dan pelakon in membuat keputusan untuk tutup ruangan komen bagi mengelakkan perbalahan netizen tentang pemakaiannya.






Sekali lagi, Mia Ahmad menegaskan seluar yang dikenakannya itu amatlah selesa dan tak akan menjejaskan kandungannya yang kini sudah berusia sembilan bulan.

"Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu. Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan kerana kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.

"Tapi saya rasa kena tegur juga dalam masa yang sama ramai juga ibu-ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu,"

"Ramai yang komen pun budak-budak dan yang belum pernah mengandung sebab itu mereka tidak tahun kewujudan baju-baju khas untuk wanita hamil,"



Tentang kandungannya, Mia Ahmad mendedahkan bahasa hasil pemeriksaan, beliau dijangkan bakal melahirkan bayi lelaki.

Isteri kepada pemain bola sepak Izham Tarmizi ini akui amat teruja dan berdebar untuk bergelar sebagai seorang ibu.

"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan bersalin, perasaan berdebar dan teruja nak lihat cahaya mata pertama kami ini.

"Nama masih belum buat keputusan untuk pilih yang mana ada beberapa nama dalam senarai," 

Tahun lalu, pada tarikh 13 Januari 2017, pelakon Mia Ahamd akhiri zaman bujangnya apabila berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan.

Majlis pernikahan Mia Ahmad dan Izham berlangsung di Taiping, Perak. -PENMERAH

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.