Header Ads

"Selamanya Caesarean, Masa Beranak Nak Rest Malas Nak Teran" - Sharifah Sakinah



Pelakon popular Sharifah Sakinah antara selebriti yang aktif di laman media sosial dan sering tampil dengan pelbagai karenah yang menghiburkan.

Masih ingat lagi dengan ayat "ha tepuk", itulah antara fenomena yang diviralkan oleh Sharifah Sakinah.

Kini pelakon ini amat rajin melayan para peminatnya yang bertanya soalan di laman Instagram.



Menerusi satu soalan di "Ask Me Question" di IG Story, Sharifah Sakinah mengaku jika dirinya mengandung lagi, beliau hanya mahu melahirkan anaknya secara pembedahan sahaja atau lebih dikenali sebagai operation Caesarean Section.

Sharifah Sakinah mempunyai seorang anak yang diberi nama Anais Adha dan beliau melahirkannya secara operation Caesarean Section.

Seorang follower bertanya adakah benar Sharifah Sakinah melalui proses pembedahan ketika melahirkan anaknya dan pelakon ini berkata perkara berkenaa adalah benar.

Sharifah Sakinah berkata dia mahu berehat dengan optimum ketika bersalin dan tidak mahu teran (lahirkan anak secara normal).



Ini tulisnya:


"Yes caesarean (pembedahan) dan selamanya akan caesar (kerana) masa beranak je nak rest, malas nak teran"





Kemudian, ada astu lagi soalan yang mencuri perhatian iaitu soalan bila waktu sesuai untuk bermula bersukan jika bersalin secara pembedahan selepas bersalin.

Kata pelakon ini, jika sudah tidak lagi berasa sakit, semua sukan boleh dilakukan.

Namun Sharifah Sakinah sempat menyatakan soalan berkenaan tak patut ditanyakan kepadanya kerana dia bukan seorang doktor yang bertauliah.


"Bila dah tak sakit semua benda boleh main (sukan). Ala janganlah tanya saya. Saya bukan doctor"


Selain soalan berkenaan kisahnya ketika melahirkan anak, Sharifah Sakinah turut menerima pelbagai soalan tentang kepakarannya iaitu senaman. -PENMERAH

Sumber: Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.