Header Ads

Sebagai peringatan buat saya dan wife.. Ali dengar Azan terus dia khusyuk dan senyap

 
Pelakon Saharul Ridzwan kini sedang hangat diperkatakan setelah drama nya berjudul Jangan Benci Cintaku menjadi hit.

Saharul Ridzwan berkongsi satu video di alamn IG nya yang mana dia meluahkan rasa syukur di atas kurniaaan Tuhan seorang anak yang amat menakjubkan.

Saharul Ridzwan dan isteri mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali.

Anak sulung pelakon itu kini berumur 1 tahun 2 bulan dan dilihat semakin bijak.



Menerusi perkongsian terbaru, Saharul Ridzwan memuatnaik satu video menunjukkan anaknya itu amat khusyuk dan diam ketika mendengar azan.

Malah anak kecilnya itu menyuruh menukar channel ketika azan berkumandang.

Ini tulis Saharul Ridzwan:

Tengah suap Ali makan, lepas tu Ali dengar Azan dari Masjid bawah, dia suruh tukar channel

Alhamdulillah, Allah kurniakan Ali bukan saja sebagai pewarisku, tetapi sebagai peringatan juga pada saya dan wife supaya jaga solat. Kalau Ali umur setahun 2 bulan pun kyushuk dan senyap dengar Azan. Kita yang umur berpuluh tahun ni ada tak rasa macam tu? Malu Baba pada Ali. Terima Kasih Sayang. #JagaSolatAllahAkanJagaKita InShaaAllah.

Ini videonya:





Di ruangan komen, ramai yang memuji cara didikan Saharul Ridzwan dan isteri kepada anaknya itu.

Memang bersyukur dapat anak macam Ali ni, sejuk perut ibu mengandungkannya.

Sumber: IG Saharul Ridzwan



No comments

Powered by Blogger.