Header Ads

Rakan Baik Pelik... Allahyarham Nizen Ayob Jemput Kendurinya Sabtu Ini



Rakan baik Allahyarham Nizen Ayob iaitu Marina Jose berkongsi rasa sedih dan terkejut dengan pemergian pelakon itu pada hari Isnin lalu.


Marina Jose sebenarnya merupakan bekas peserta program Pilih Kasih yang turut disertai oleh Nizen Ayob tak lama dulu dan ilmu lakonan dicungkil hasil tunjuk ajar Datuk rosyam Nor.

Beliau turut mendedahkan, Nizen Ayob tak mahu berjumpa sejak kebelakangan ini dan hanya memuat naik foto kenangan mereka di laman sosial.



SEDIH TERKEJUT

"Saya sangat terkejut dan sedih kerana sudah beberapa bulan kami tak berjumpa dan saya tidak tahu mengapa dia sering mengelak apabila saya ajak jumpa.

"Dia muat naik foto kenangan kami bersama dengan kapsyen rindu nak jumpa. Tapi bila saya telefon dan mesej dia tidak berjawab,"

Bercakap kepada portal mStar, Marina Jose turut berasa pelik dan hairan kerana Allahyarham pernah menjemput dia dan beberapa rakan bekas peserta program Pilih Kasih lain untuk datang kenduri di rumahnya pada 11 Ogos ini.



RASA PELIK TERIMA JEMPUTAN KENDURI

"Dia jemput saya dan beberapa rakan lain datang kenduri 11 Ogos ini  (Sabtu ini) dan saya fikir dia mahu berkahwin atau bertunang sebab itu adalah hari jadi dia.

"Tapi ketika bertemu ibunya pada majlis pengebumian itu, tiada majlis apa-apa yang dirancang pada tarikh itu," 

SAKIT SEJAK 1 OGOS

Berbicara tentang kesihatan Allahyarham, Marina Jose menjelaskan, pelakon itu mengalami demam berpanjangan sejak minggu lepas.

Arwah Nizen Ayob kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah pada 1 Ogos lalu.

Kesihatan Nizen tidak pulih dan Nizen akhirnya koma pada hari Sabtu yang lalu.

"Badan dia sangat lemah untuk memandu sehingga hampir berlaku kemalangan di Lebuhraya, kemudian adik dia terpaksa ambil kerana dia tidak bermaya dan membawanya terus ke hospital," 




DAKWAAN DISIHIR

Soalan yang menjadi tanda tanya ketika ini ialah dakwaan mengatakan arwah pernah disihir sebelum ini.

Marina Jose berkata Nizen sudah lama mendapatkan rawatan.

"Dulu memang dia pernah mengalami kejadian itu tapi dia sudah berubat. Ibunya juga memberitahu bahawa keadaan dia sudah agak baik selepas berubat cuma dia sering demam-demam,"

Marina Jose merupakan pelakon kelahiran Sarawak. Marina Jose telahpun bertunang dengan jejaka pilihannya bernama Pascal Mario.

Nizen Ayon popular dengan memegang watak Inspektor Nizam menerusi drama bersiri popular TV RTM iaitu Gerak Khas.


Takziah buat keluarga Nizen Ayob dan mari kita doakan. Al Fatihah. -PENMERAH

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.