Header Ads

Peserta "Who Wants To Be A Millionaire" Guna Dua Talian Hayat, Jawab Soalan Dimana Tembok Besar China


Seorang peserta dari Turkey telah menjadi viral kerana telatahnya yang agak memalukan dan ada melabelnya sebagai lawak juga.

Ramai yang terkejut peserta ini menggunakan dua talian hayat untuk menjawab soalah dimanakah letaknya Tembok Besar China (The Great Wall Of China).

Kejadian ini berlaku di rancangan Who Wants to be a Millionaire versi Tukey.



Peserta berkenaan bernama Su Ayhan, 26 tahun lepasan jurusan ekonomi,  telah terpilih untuk naik ke pentas rancangan itu.

Ketika pusingan ke empat, dia ditanya "Where is the Great Wall of China?"

Jawapan yang tertera ialah China, India, Korea Selatan dan juga Jepun.



Apabila mendapat soalan berkenaan, Si Ayhan berkata dia tahu tempat bersejarah itu tetapi mahu pastikannya jadi dia guna talian hayat pertama iaitu pilihan penonton.

Para penonton memberi jawapan dan 51% menjawab negara China.

Kecewa dan tak pasti dengan jawapan penonton, Su Ayhan menggunakan talian hayat yang kedua iaitu menelefon rakannya.

Akhirnya rakannya memberi jawapan negara China dan Su Ayhan berjaya menjawab soalan itu dengan betul.

Ini videonya:





Ada beberapa komen yang dilontar kan apabila perkara ini menjadi viral di serata dunia.

Ini antara komen dari pengguna twitter: "What kind of education system do you have in Turkey"

Ini pula komen seorang warga Turkey dari Hurriyet Daily News: "I hope many people in the audience failed to answer the question thinking it was too easy to be asked, setting a trap. Otherwise, this huge ignorance problem cannot be solved, even with our new Education Minister Ziya Sel├žuk"



Menjawab kritikan yang diberikan Su Ayhan berkata: "Saya boleh gunakan semua talian hayat bila masa saya nak"

Su Ayhan telah tersingkir dari rancangan itu pada pusingan ke lima apabila ditanya tentang komposer sebuah lagu dari Turkey.

Sumber: NEXTSHARK



No comments

Powered by Blogger.