Header Ads

Pelakon Nur Amisah (Nurin Misha) Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi



Pelakon drama yang sering membawa watak ibu, iaitu Nurin Misha telah meninggal dunia hari ini.

Nurin Misha atau nama penuhnya Nur Amisah Abdullah meninggal dunia apabila sesak nafas di ruamhnya.

Antara artis terawal yang membuat ucapan di laman instgram ialah Amir Raja Lawak.



Ini komen Amir Raja Lawak:

ASSALAMUALAIKUM

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PELAKON NUR AMISAH ABDULLAH (NURIN MISHA) TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA PAGI INI DI RUMAH NYA DI JLN IPOH KERANA SESAK NAFAS

TERKEJUT JUGAK DGR BERITA NI,PERNAH SHOOTING BERSAMA DAHULU..DAN ARWAH SEMASA HAYATNYA SANGAT BAIK DENGAN SEMUA ORG DAN LEMBUT BICARANYA

SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANGG BERIMAN,SOLEHAH,DAN AHLI SYURGA, AMINNN IN SHAA ALLAH






Baca Juga: Tan Sri Muhyiddin Yassin jalani Chemothrephy (BACA SINI)

Kemudian, artis-artis lain turut membuat ucapan yang sama buat pelakon berkenaan. Antaranya ialah pelawak popular Along Cham.

Ini tulisnya: "Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Kak Nurin...Moga Allah menempatkan syurga buat mu Kak Nurin. Al Fatihah"

Berita itu turut dikongsikan oleh pengarah drama iaitu Eoon Suhaini melalui Instagram:

"Dukacitanya dimaklumkan bahawa Kak Nurin telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,"




Pelakon popular Fasha Sanda turut berkongsi berita sedih ini melalui Insta Story miliknya pagi tadi.

"Takziah untuk keluarga Kak Nurin sekeluarga" kata Fasha Sandha.


Kemudian pihak Suhan Movies juga membuat ucapan takziah.

Ini tulis laman IG SUHAN MOVIES: "Dari DIA kita datang, kepadaNya kita kembali' Sungguh terkejut dengan berita pemergian arwah kak @nurin_misha yang sangat baik orangnya. Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman"

Dalam pada itu, dari satu laman FB Ayang Eta turut berkongsi berita pemergian Nurin Misha di laman FB miliknya.

Katanya dia menerima berita ini dari keluarga arwah Nurin Misha sendiri.

Perkongsian Ayang Eta:


Takziah buat keluarga Nurin Misha. Mari kita doakan buat roh nya supaya ditempatkan di kalangan orang beriman. Al Fatihah. -PENMERAH

No comments

Powered by Blogger.