Header Ads

Pelakon Gerak Khas, Rahsia Hati Perempuan, Disahkan Meninggal Dunia.. Ini Puncanya



Pelakon drama yang terkenal dengan watak polis menerusi drama bersiri Gerak Khas iaitu Saiful Nizen Ayob telah disahkan meninggal dunia.

Arwah Nizen menghenmbuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 11.55 pagi Isnin (hari ini) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Menurut sumber, doktor mengesahkan Allahyarham Nezien meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.



"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.

"Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,"

Berita sedih ini telah dikongsi oleh rakan artis yang lain seperti pelakon Sheera Iskandar dan Salina Saibi menerusi laman Instagramnya.

Sebelum ini, Allahyarham Nizen pernah mendedahkan bahawa dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga jatuh sakit.

Pelakon berumur 33 tahun ini pernah berubat secara tradisional dan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang melanda dirinya.

Ketika dirawat, terdapat objek seperti batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.

Dikatakan ianya mula dihidapinya sekitar awal Mei tahun lepas.



SEDIKIT KISAH PERJALANAN NIZEN

Saiful Nizen memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan pelakon tambahan, beliau pernah menyertai pertandingan Hero Remaja.

Drama pertama lakonannya ialah Ezora yang dibintangi oleh pelakon utama Nur Fazura.

Nizen kemudian dicungkil bakat menerusi satu rancangan realiti oleh Datuk Rosyam Nor.

Arwah merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baru bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara.

Selepas Pilih Kasih tamat, beliau muncul sebagai Karl dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.



Saiful Nizen popular sebagai watak Inspektor Nizam dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas sebanyak 3 musim dari 2015 hingga 2017.

Mohon doa dari semua semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

Semoga arwah Nizen tenang di sana. Amin. Al Fatihah. -PENMERAH

Sumber: mStar / WIKI

No comments

Powered by Blogger.