Header Ads

"Orang ramai, sewa tak payah bayar" - Linda Onn Tak Puas Hati Dengan Peniaga Tepi Jalan?


Selebriti, penyampai radio yang juga usahawan berjaya Linda Onn, dilihat telah mengutarakan pandangannya tentang isu peniaga pacak tepi jalan.

Linda Onn meluahkan rasa hati seperti kurang puas hati dengan kehadiran penaiaga kedai tepi jalan yang semakin berluasa tanpa lesen.



Katanya, sekiranya buka premis kedai makan kena sewa dengan bayaran yang agak mahal, tetapi kaalu buka kedai tepi jalan hanya letak payung pacak danmula berniaga tanpa fikirkan soal lesen, sewa dan sebagainya.

Jom baca luahan Linda Onn:

LINDA ONN: "Bayar sewa kedai sampai 9-10 ribu.. bukak macam ni je orang ramai sewa tak payah bayar. Nak start beli payung pacak meniaga tepi jalan la esok. Overhead murah. Grease trap..lesen semua tak payah fikir. Way to go MPAJ! Malaysia boleh!



Ada netizen yang mengatakan makanan di tepi jalan murah sebab itu ramai orang. Namun KLinda Onn berkata, tanpa lesen, sea dan sebagainya, memang harganya boleh murah.

NETIZEN: "Harga makanan murah sebab tu orang ramai datang"

LINDA ONN: "Memang lah boleh murah sebab tak bayar sewa, lesen kedai, lesen signage, bil air, bil elektrik, gaji pekerja yg ramai, kursus pemakanan, suntikan thypoid, cukai itu cukai ini..dll. Kalau kedai, takde grease trap pun kena saman. Letak meja kat luar pun kena saman. Hmm"



Ada juga netizen berkata belas MB Negeri Sembilan (TOK MAT) pernah membenarkan berniaga seperti ini. Dan Linda Onn berata dia pun nak buat seperti ini,

NETIZEN: "Come to N9. Tok Mat dah benarkan meniaga mcm ni sejak few years ago. Much better."

LINDA ONN
: "No need N9. Kat Ampang je pun dah boleh. Mana2 Ada orang pacak meja, payung n Lori meniaga tepi jalan. Nanti I nak buat jugak. Jimat macam2. No lesen, no checking on kebersihan, no need kursus makan, no elec Bill, no water bill.. best nyaaa."



Seorang netizen turut bersetuju dengan Linda Onn, dan mengatakan pelbagai prosedur perlu dibuat jika ingin buka kedai di premis berbanding dengan buka kedai pacak payung tepi jalan.

NETIZEN: "Itulah yg kami rasa sebagai peniaga yg meniaga di premis. mcm2 prosedur kene ikut. dengan kkm lagi. itu x boleh ini x boleh. lagi2 my mom meniaga kantin. mcm2 x boleh jual. alih2 peniaga dekat luar sekolah meniaga mcm2 budak2 beli kt luar bila pertikaikan kata bukan bidang kuasa"

LINDA ONN: "Faham.. Kalau kat ampang point ni. Time lunch je dia pacak payung ngan meja. Jual murah. Orang berduyun datang. Habis lunch dia tutup. Kita kat kedai menganga je lah haha. Nanti Kita buat kedai pacak jugak lah. Macam2 leh jimat. Sewa premis makin naik."

Sumber: Twitter Linda Onn

Untuk yang tidak tahu, Linda Onn merupakan seorang yang amat berjaya dalam perniagaan kedai makan. Restaurant nya iaitu My Mom's Chicken Rice amat popular di Malaysia. -PENMERAH

No comments

Powered by Blogger.