Header Ads

"Mereka yang amat merinduimu.." - Achey Sayu Ziarah Pusara Yus Jambu



Pelawak Achey dari kumpulan Bocey sempat menziarahi pusara arwah Yus Jambu ketika berada di negeri Perlis baru-baru ini.

Ketika berada di negeri utara tanah air itu, Achey mengingati rakannya itu dan singgah di pusara nya di Sungat Batu Pahat, Perlis.

Achey telah berkongsi foto di pusara yang tertulis nama Yus Edoo dan meluahkan rasa hatinya.



Ini tulis Achey:

Sementara itu aku singgah

tetapi jika dihalusi persinggahan adalah tempat ku dan yang kekal adalah kamu...

lawatan ku mungkin tidak sehebat doa2 mereka yang amat merindui dan menyayangi mu

Dan kami percaya jika di kumpul kan semua itu ... ianya pasti menjadi kiriman yang terbaik buat mu... 





Diruangan komen, rata-rata para follower Achey menulsi ucapan doa buat arwah Yus Jambu yang lebih mesra dengan nama sapaan "Pak Yus".

Ramai yang menulis doa serta surah al-fatihah buat arwah Pak Yus.

Follower juga meluahkan rasa rindu apabila terlihat foto tersebut dan mula mengimbau kenangan arwah Yus Jambu.





Diimbas kembali, pelawak popular, Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo meninggal dunia pada 30 November 2015.

Ketika itu, Yusry baru sahaja pulang dengan rakan-rakannya selepas membuat satu persembahan pentas.

Pelawak ini mengadu sakit dada dan kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan telah pun pergi buat selamanya.

Pemergiannya mengejutkan industri hiburan tanah air kerana ianya berlaku sekelip mata. -PENMERAH

 Sumber: IG Achey

No comments

Powered by Blogger.