Header Ads

Menantu Siti Nurhaliza, Tya Arifin Berkelahi Dengan Suami, Asyraf Khalid.. Ada Hikmahnya


Menantu kepada Datuk Seri Khalid (Datuk K) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin akui ada selisih faham dan berkelahi dengan suaminya iaitu Asyraf Khalid.

Ianya berlaku selepas Tya Arifin melahirkan anak sulungnya pada 31 Mac tahun lepas.

Pelakon dari indonesia ini mengaku berkelahi dengan suaminya tentang rutin pengambilan jamu selepas bersalin.



Menurut Tya Arifin, sejak umurnya enam tahun, ibunya telah membiasakan dirinya dengan amalan minum jamu dan ianya merupakan warisan turun-temurun.

ASYRAF PERSOALKAN

Jadi selepas bersalin, Tya Arifin mengambil jamu namun dipersoalkan oleh Asyraf Khalid.

Asyraf seperti suami moden yang lain dilihat telah bersifat skeptikal, dan memandang rendah keberkesanan pengamalan jamu.

Ini pendedahan Tya Arifin:



"Apatah lagi selepas tamat tempoh berpantang, ibu menekankan mengenai khasiat jamu yang memberi manfaat jika diamalkan dengan betul.

"Pesan ibu, sebagai seorang wanita, harus sentiasa menitikberatkan kesihatan tubuh badan demi kebahagiaan rumah tangga"

"Awalnya, dia tidak benarkan saya minum jamu kerana menganggap minuman herba itu boleh memanaskan organ dalaman wanita, lantas memudaratkan.

"Dia lebih percayakan kaedah perubatan moden dan meminta saya mengikut saranan doktor.

"Bagaimanapun, saya ingkar permintaannya tetapi pada masa sama memujuknya agar membenarkan saya minum jamu"



Akhirnya, Asyraf Khalid akur dan mengizinkan isterinya mengambil jamu kerana Tya Arifin terus tekad untuk menunjukkan kesan mengambil jamu.

GADUH ADA HIKMAH

Ternyata perbezaan pendapat dan perkelahian yang timbul ada HIKMAHnya.

Sikap tekad Tya Arifn untuk mengambil jamu ternyata berhasil dan ia menunjukan outcome yang positif.

Syukur, ianya berjaya mengubah persepsi suaminya.

Malah mereka berdua mula yakin dengan jamu dan timbul idea untuk Asyraf membantu Tya meneruskan legasi perniagaan keluarga Tya melalui perniagaan jamu.



MULA BERNIAGA JAMU MUTYARA

Kini Tya Arifin atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Ariffin mula memasarkan pengeluaran produk jamu di bawah jenama Mutyara Beauty.

Baru-baru ini Tya dan suami ada membuat satu pelancaran produk tersebut dan ianya turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza dan juga Datuk Seri Khalid.

Dijangka jamu Mutyara akan mula dipasarkan ke Malaysia. Tahniah diucapkan - PENMERAH

Sumber:  UTUSAN

No comments

Powered by Blogger.