Header Ads

"Mama Lisa Surihani, Call Papa Ye.." - Mia Sara Dikejarkan Ke Hospital


Pelakon kanak-kanak yang semakin meningkat remaja, Mia Sara Nasuha telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital.

Mia Sara telah berkongsi beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya yang mana dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Pelakon yang amat popular dengan watak kanak-kanak comel ini dilihat sedang dirawat di dalam wad di hospital Thomson Hospital Kota Damansara dengan tangannya dicucuk branulla jenis biru.

Ini tulis Mia Sara:

"Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni-murni je ya,"

Mia Sara yang kini berumur 13 tahun dilihat menggunakan hashtag "i'm sick".

Perkongsian Mia Sara itu terus menajdi perhatian para peminat dan followernya yang ingin tahu apa yang terjadi kepada pelakon berkenaan.

Malah rakan artis seperti Achey dan Lisa Surihani turut bertanyakan keadaan Mia Sara apabila melihat foto berkenaan.

"Mia whats wrong sayang" tulis Lisa Surihani.

"Mama Lisa call papa ya. Mia tak tahu nak explain," inilah respon balas dari Mia Sara.







Sehingga kini masih belum diketahui apa punca Mia Sara di tahan di hospital.

Di ruang komen ramai yang terus memberi kata-kata semangat buat pelakon cilik ini dan ramai mendoakan supaya kesihatan nya menjadi lebih baik.

Semoga Mia Sara terus kuat dan kembali sembuh seperti sebelum ini. - Penmerah

Sumber: IG Mia Sara / Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.