Header Ads

Lihat Reaksi Yana Samsudin Setelah Ji Suk-jin Runningman Hulur Nak Salam


Yana Samsudin, satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi di industri hiburan tanah air.

Pelakon cantik manis ini pernah menjadi fenomena apabila terlibat dalam filem box office Adnan Sempit yang terus melonjakkan nama Yana Samsudin dalam bidang seni.



PERUBAHAN YANA SAMSUDIN


Kini Yana Samsudin telahpun berkahwin dengan Fadzil Zahari, adik kepada Farid Kamil.

Setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata, Yana Samsudin telah berhijrah ke arah kebaikkan malah tampil dengan perubahan imej bertudung menutup aurat dan menjaga batas pergaulan.

Yana Samsudin juga dilihat lebih melibatkan diri dengan dunia pengacaraan TV.

Antara rancangan TV yang diacarakan oleh Yana adalah rancangan TV jual beli barang iaitu CJ Wow Shop.



YANA SAMSUDIN JUMPA RUNNINGMAN


Beberapa hari lepas, ahli dari rancangan TV Running Man iaitu Yang Se Chan dan Ji Suk-Jin dijemput menjadi tetamu khas dalam program CJ Wow Shop.

Satu video di upload oleh Yana Samsudin yang teruja berjumpa dengan peserta Runningman, nama besar dalam industri hiburan dari Korea.

Ada satu ketika, pada waktu 0.42 saat dari video itu, dilihat Ji Suk-Jin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Yana Samsudin.

Sudah tentu Ji Suk-Jin tidak sengaja berbuat demikian malah ianya budaya yang amat baik sekali sebagai tanda berkenalan.

Namun, sebagai seorang yang berhijab, Yana Samsudin telah menolak salam yang dihulurkan oleh Ji Suk-Jin dengan baik sekali.

Ini videonya:




Video ini telah mendapat reaksi yang positif dari para netizen dan juga peminat Yana Samsudin.

Tindakan Yana menolak dengan baik dan sopan untuk tidak bersalaman dengan ahli lelaki Running Man itu menerima pujian ramai.

Semoga Yana Samsudin terus menjadi inspirasi ramai selepas ini. -PENMERAH

Sumber: IG Yana Samsudin

No comments

Powered by Blogger.