Header Ads

"Jiwa dia kan.. kami tidak paksa" Kata Ibunya, Ini Perkembangan Terkini Puteri Balqis


Umum mengetahui, pelakon kanak-kanak yang berbakat besar Puteri Balqis disahkan menghidap barah pada awal Julai tahun ini.

Pelakon berumur 11 tahun ini, sedang dalam rawatan untuk penyakitnya itu.

Namun menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada Puteri Balqis memberitahu anaknya itu telah kembali berlakon.



Katanya, Puteri Balqis amat teruja untuk kembali ke set penggambaran kerana itu merupakan jiwa dan cintanya.

Norashikin Mohd Aziz, ibu Puteri Balqis menjelaskan anaknya semakin kuat dan kini akan meneruskan kerjaya lakonannya.

Ini kenyataan ibu Puteri Balqis:



"Balqis sangat rindu untuk kembali ke set, maklumlah itu jiwa dia kan. Kami tidak paksa tapi dia sendiri yang nak dan kami ‘okay’ saja dengan keputusannya.
 

"Hari ini adalah hari pertamanya kembali berlakon selepas kesihatan beransur pulih.
 

"Dia sebenarnya masih dalam proses rawatan lagi namun keadaannya sekarang semakin bertambah baik.
 

"Alhamdulillah, dia masih diberikan kekuatan dan semangat untuk kembali bekerja"



Menerusi laman media sosial Instagram, Puteri Balqis berkongsi aktivitinya yang sedang menjalani penggambaran di hari pertama.

Puteri Balqis akui amat rindu untuk kembali shooting.

Jika itu yang diminatinya lebih baik benarkan sahaja asalkan kesihatannya sentaisa dipantau. Semoga Puteri Balqis terus kuat dalam jalani rawatan penyakitnya dan kembali sihat seperti sedia kala.

Tak sabar nak tonton karya Puteri Balqis seterusnya, lakonannya memang tak pernah mengecewakan. -PENMERAH

Sumber: HMetro

No comments

Powered by Blogger.