Header Ads

Isu LGBT, Ini Respon Dan Jawapan Ustaz Azhar Idrus


Sekarang tengah hangat dibicarakan tentang isu LGBT di negara ini.

Melalui satu kuliah Maghrib Jemputan di Masjid Tengku Ahmad Jerantut, Pahang pada 16 Julai 2018 yang lepas penceramah bebas popular Ustaz Azhar Idrus telah ditanya tentang hal ini.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI, menjawab satu pertanyaan tentang hak LGBT.



Soalan itu seperti ini "Isu LGBT mana perlu diutamakan, hak warganegara atau maslahat umum."

Menjawab soalan ini, UAI meminta melihat kepada buku perundangan. Oleh itu, 'buku' untuk isu ini ialah Al-Quran dan juga Hadith.

Kata UAI lagi, kedua dua 'buku' ini mengharamkan LGBT. Ianya merupakan perkara mungkar.

Ini videonya:




Video ini menjelaskan pendapat Ustaz Azhar Iderus dengan jelas sekali yang menentang LGBT.

Bagi UAI ini merupakan seperti sesetengah kaum pada zaman nabi Luth.

Kata UAI lagi Allah melaknat lelaki yang meniru kaum perempuan, tapi ada golongan LGBT ini bukan setakat meniru tetapi ada yang mengubah jantina terus.

UAI mengatakan perkara ini adalah satu kemungkaran.

Ustaz Azhar Idrus juga mengatakan jangan sesekali menyokong golongan yang menyokong LGBT.

Ini videonya:



No comments

Powered by Blogger.