Header Ads

Isteri Umur 11 Tahun Kini Tinggal Jauh Dalam Hutan, Tak Sekolah


Masih ingat lagi tentang isu kanak-kanak berkahwin pada umur 11 tahun. ianya menajdi viral dan dijadikan bahan bualan oleh para netizen dan masyarakat.

Ini perkembangan terkini tentang pasangan suami isteri ini.



Melalui laporan Harian Metro, oleh kerana mendapat hinaan dan dipinggirkan masyarakat, sang suami telah memindahkan isterinya berusia 11 tahun di kawasan kebun getah di Gua Musang.

Suami berkenaan yang bekerja sebagai peraih getah memindahkan isterinya dan ibu bapa mentuanya di sebuah rumah di kawasan pedalaman.

DIEJEK, GAMBAR DISEBAR

"Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.




PINDAH JAUH PEDALAMAN, DALAM HUTAN

"Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman,"

"Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.

"Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini,"


TAK MINAT BELAJAR DAH

Dalam pada itu, Harian Metro turut mendedahkan bahawa kanak-kanak itu tak mahu belajar di sebuah sekolah pondok.

Sang suami berkenaan kini dalam usaha utnuk terus memujuk isteri mudanya itu agar kembali ke sekolah.

"Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik"



Kisah perkahwinan muda ini menjadi viral bulan lepas. Pasangan ini berkahwin yang menyatukan seorang lelaki berumur 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Pernikahan berlangsung di negara jiran di  sebuah masjid di Kampung Padang Nyor di Mundu pada 18 Jun tahun ini.

Pelbagai pendapat dilontarkan di atas berita perkahwinan kanak-kanak ini.

Sumber: Harian Metro

Powered by Blogger.