Header Ads

Isteri Amaris Tampil Dedah Status Perkahwinan, Komen Hubungan Suami Dan Datuk Seri Vida

 
Tak lama dulu, kecoh apabila pelakon dan penyanyi Amaris dikatakan amat rapat dengan ahli perniagaan Datuk Seri Vida.

Memang banyak kali Datuk Seri Vida dan Amaris muncul bersama terutama di laman media sosial.

Sampai ada buah mulut mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.



Ada juga tuduhan mengatakan Amaris mula mendampingi Datuk Seri Vida untuk mengambil peluang selepas usahawan itu memecat pembantu peribadinya baru-baru ini.

Menerusi satu video terbaru, Datuk Seri Vida  menjelaskan apa sebenarnya motif apabila Amaris sering tampil bersamanya.

Ini videonya (mStar)




ISTERI AMARIS TAMPIL


Hari ini, wanita bernama Nur Syazwani Alias, isteri kepada Putra Amaris tampil memebri penjelasan tentang status mereka.

Nur Syazwani menjelaskan statusnya dengan selebriti tersebut sebenarnya masih lagi sebagai pasangan suami isteri.

Malah, Nur Syazwani kini hamil enam bulan dan dijangka bersalin bulan Disember nanti.

Nur Syazwani juga memberitahu hubungan suaminya dengan jutawan kosmetik Datuk Sri Vida yang digosipkan ketika ini hanyalah di atas urusan kerja.



Ini kenyataannya:

"Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya.

"Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh.

"Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis,"



KENAPA AMARIS TAK MUAT NAIK FOTO BERSAMA


Menjawab persoalan kenapa Amaris langsung tak muat naik fotonya, Nur Syazwani tak melenting sebaliknya berkata, laman media sosial suaminya itu hanya fokus untuk urusan kerja.

"Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja, laman Instagram itu untuk kerja dia. Saya lagi suka bersederhana,"

Amaris bernikah dengan Nur Syazwani Alias pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor. - PENMERAH

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.