Header Ads

Ini Reaksi Sedih Datuk Yusof Haslam Setelah Perginya Nizen Ayob Buat Selamanya


Penerbit drama bersiri Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam tampil memberi komen apabila pelakon drama bersiri gerak Khas iaitu Saiful Nizen Ayob yang telah pun meninggal dunia Isnin yang lalu.

Ternyata Datuk Yusof Haslam berasa sedih dengan berita pemergian Nizen Ayob buat selama-lamanya di usia 33 tahun.

Penerbit berusia 64 tahun ini berkata, sewaktu menjalani penggambaran drama tersebut tahun lepas, Nizen sentiasa berada dalam keadaan sihat.



Ini kenyataan Datuk Yusof Haslam:
"Saya terkejut mendengar berita itu semalam (Isnin) kerana sepanjang dia menjalani penggambaran drama Gerak Khas dia tidak pernah sakit dan berhadapan dengan masalah kesihatan kritikal.

"Dia ikut kami shooting hingga ke Thailand tahun lalu tapi semuanya baik sahaja,"

"Dia bersama Gerak Khas sejak 2014 sehingga tahun lalu. Bagi saya dia seorang pelakon baru yang berbakat dan boleh pergi jauh.

"Dia mencari tapak dalam dunia lakonan dan berdisplin. Pemergiannya satu kehilangan besar buat produksi"


Datuk Yusof Haslam berkata, Nizen Ayob mula terlibat dengan drama Gerak Khas sebagai watak Inspektor Nizam sejak tahun 2014 sehingga tahun 2017. Wataknya direhatkan pada tahun ini.

Ayah kepada Syamsul Yusof ini berkata, dia tidak dapat hadir pada upacara pengebumian jenazah pada petang Isnin berikutan terikat dengan jadual yang padat berkenaan urusan kerja.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Layang-Layang Johor Bahru. Salam takziah buat keluarga arwah.

Mari kita doakan. Al Fatihah buat Allahyarham Saiful Nizen Ayob.

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.