Header Ads

Ingatkan kena Sihir.. Rupanya songsang.. Penganiayaan! kejam lelaki macam ni


Ini satu kisah yang di kongsikan di laman Twitter baru-baru ini.

perkongsian ini tentang satu kes penganiayaan terhadap sang isteri yang mana sang suami berkahwin hanya kerana mahu keliahtan normal walhal rupanya dia songsang.

Akhirnya bercerai dan si isteri berstatus janda di usia yang muda. Malah alasannya yang diberikan adalah si lelaki itu kena sihir, kononnya.

Jom baca kisah ini: (via janatunmaqwa)



BERCINTA SELEPAS KAWIN TU TAK RELEVAN ZAMAN SKRG!

Ini adalah thread.

Serius girls, bg aku ini isu serius. Sbb dah jd 2 kali dgn org sekeliling aku. Ni bukan kabar angin korg dengar. Its happen in our real life! 


Jgn nak ‘sweetnyaa bercinta selepas kawin’..




Cerita dia macamni. Ada sorg perempuan ni nama dia Ara. Jumpa bakal suami dr kawan dia. Borak2 sikit, dating pon tak sgt sbb jaga iktilat la kononnya. Nak bercinta selepas nikah. Tunang pastu nak kawin. Ara ni baik, lelaki tu pon nmpak baik je.

Then dorg pun buat la majlis macam pasangan lain. Meriah kawan2 mai semua. Bahagia la kan pengantin baru. kenduri 2 belah pihak besar-besaran. happy la kan baru kawin. tapiii...

Sampai la masa dinantikan oleh pengantin baru, (cuba la teka pengantin tunggu apa, lol)
dah ready semua tetiba si suami tak boleh teruskan. malam je buat2 busy penat la. macam2 alasan.

Lepas tu si Ara ni macam tak kisah la. Baru kawin mana paham. Dia ingt maybe laki dia tak ready lg so dia bg masa. Girlss, at this point da nmpak laki tu tak betul. Lelaki nak kawin part tu la dorg tunggu. tak de tak readynya. Dia dah buat research dr akil baligh tau!




Then smpai kesudah la tak ade. Dua bulan je kawin, then laki tu bagi tau hal sebenar. maybe tak smpai hati buat ara camtu.. Laki tu GGAYY gaissss!

Saja kawin dgn pompuan tu sbb nak family nmpak dia normal.
Sumpah BODOH lelaki macamni. Kau hancurkan perempuan tak bersalah sbb kepentingan kau!

Dia cakap kat family dia kene sihir org, jd dia hilang rasa sayang kat bini dia.
And guess what. Family lelaki tu PERCAYA la anak dia kene sihir! Anak dia tak bersalah anak dia mangsa keadaan!



Maka JANDA la seorang perempuan yang tak bersalah di usia yg sngt muda waktu usia perkahwinan baru beberapa bulan. Menanggung malu la seorg perempuan dan keluarganya atas tanggapan org luar yg dia tak pandai jaga laki.

Penganiayaan! kejam lelaki macam ni. Aku marah betul dgar cerita ni.

So girls, kenal lah sebaik mungkin bakal suami bakal ayah bakal ketua keluarga awak. Tak salah utk kenal lebih dlm. Jangan menyesal kemudian hari. Jangan gelojoh nak kawin.

aku bukan nak bukak aib rumahtangga org, aku nak cerita bg pengajaran kat luar sana. baik lelaki atau perempuan. kalau lelaki pon sama, selidik perangai istri dulu, sat lg da kawin cerai pasal bini pengotor pemalas nak mati.


Sumber: Twitter Janatunmaqwa

Wow kesiannya wanita berkenaan. Inilah masalah yang melanda sekarang ini. Memang tak patut perkara seperti ini terjadi. -PENMERAH



No comments

Powered by Blogger.