Header Ads

'Ibu nak ayam tu!' - Kisah budak minta ayam KFC yang dah jatuh ke lantai..



Nikmat dunia adalah sementara, kita dihantar di dunia ini sebagai khalifah tuhan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain beriman kepada-Nya.

Namun kadang kala kita lupa dan alpa hanyut dalam mengejar kesenangan duniawi semata malah ada juga tidak syukur dengan rezeki yang diberikan.

Tuhan ini maha penyayang dan akan sentiasa memebri peringatan buat sang manusia.

Melalui satu perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna bernama @Denzene berkongsi kisah yang wajar di ambil dan dijadikan sebagai teladan.

Tuhan hanya hantar anak kecil buat semua.



Baca kisah ini:

SIAPA KATA BUDAK TAK BOLEH JADI CONTOH KEPADA ORANG DEWASA

Cerita dia malam tadi masa sebelum aku masok keja. Perut bunyi so aku pun pergi la KFC la since dah nak msok wktu keja. Then depan aku ni ada sepasang suami isteri dgn anak depa (dlm lingkungn 10 tahun rasanya)

Takpala aku pon tunggu punya tunggu smpai turn depa kt depan. Then si ibu pesan ayam 3 ketul, cheezy wejes (sori x tau eja), air pepsi bla bla bla..aku perasan staf tu cam gelabah skit. Ntahlah pekerja baru kot.

Time staf tu amik ayam. Tiba2 ayam tersebut terlepas dr cengkaman pengepit besi tu. apa lagi si staf pon "oh mak kau!!" melatah. Masa nak kutip ayam yg terjatuh atas lantai tu, aq dgr sorg lg pekerja, maybe senior or supervisor something like that jerit "amik ayam tu, kejap lg buang!"



Then budak 10 tahun dpn aq ni tiba2 tarik tgn ibu dia. "Ibu nak ayam tu!" Si ibu pon kata balik, "tak leh tak leh. Ayam tu dh jatuh. Kotor." Then reaksi yg budak tu jwb mmg buat aq kagum

“Tapi ustazah along cakap makanan nabi jatuh tapi nabi makan jugak. Usatazah cakap tak elok membazir. Jangan buang!" Masa tu semua yg dlm KFC tu tgk bdk tu. Aku cuak beb sebab aku belakang dia jaa! 😂

Org yg baik akan dibalas baik. Tiba2 staf yg sruh buang ayam tu datang kt diorg and bg 1 ketul ayam free kt bdk tu. "ok akak tak buang ayam tu, akak bg kucing makan ea😊" senyum akak tu tengok bdk tu.

The point is. Jgn kita igt kita lebih tua dan lebih lama hidup bermakna kita semuanya betul. Ada masanya Allah hantar bdk kecik ja utk igtkn kita benda2 kecik yg kta slalu lupa. Sebaik2 dakwah adalah akhlak. Mmg betoi aq kagum ngn budak tu (walaupun tak baligh lagi) 😏

Sumber; Twitter Denzene



Kisah yang amat baik. Tahniah buat ustazah yang mendidik anak kecil menjadi seorang yang berfikiran mulia seperti itu.

Sebak pula membaca nya, sejuk dapat anak bijak macam ini. Syukur sangat! -PENMERAH


No comments

Powered by Blogger.