Header Ads

(GAMBAR) Pelamin Runtuh, Budak-Budak Main.. Tarik Wayar, Habis Jatuh.. Kesian Pengantin



Ini satu kisah yang sedang viral di laman media sosial ketika ini.

Menerusi satu perkongsian di laman media sosial Twitter dan juga IG stories, seorang pengguna mendedahkan bahawa dia menyaksikan sendiri pelamin pengantin musnah dan runtuh.

Saksi berkenaan melihat sendiri ada kanak-kanak yang bermain di pelamin tanpa pengawasan dan telah menarik wayar di bahagian pelamin.

Ini menyebabkan beberapa bahagian atas pelamin berkenaan rosak dan terjatuh.


Lihat perkongsian berkenaan:



Apabila ini berlaku, ramai yang bersimpati dengan nasib yang di alami oleh pihak pengantin.

Ialah hari persandingan merupakan hari yang amat bermakna dan dinantikan buat pasangan pengantin, tapi kalau dah pelamin runtuh dan rosak sudah tentu mood akan hilang.



IBU BAPA DIKRITIK


Ibu bapa kepada budak berkenaan telah dikritik kerana membiarkan anak mereka bermain secara bebas tanpa pengawasan.

Netizen dilihat ada yang menyalahkan sikap sambil lewa ibu bapa yang ada membiarkan sahaja anaknya bermain ketika di majlis seperti itu.

Ini antara komen netizen:





Ini merupakan pengajaran buat semua terutama ibu bapa.

Kepada ibu bapa di luar sana, beringatlah dan jagalah anak anda dengan sebaik mungkin serta janganlah dibiarkan tanpa pengawasan begitu sahaja terutama di majlis orang lain.

Sumber: Twitter /IG

No comments

Powered by Blogger.