Header Ads

Fasha Sandha, Aidil Aziz bertemu keluarga masing-masing



Hubungan Fasha Sandha dengan Aidil Aziz nampaknya semakin serius. Pelakon jelita ini menyatakan dia dan Aidil Aziz sudah saling bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.


Ini sekaligus memberi bayangan keakraban kedua-dua pelakon dengan pihak keluarga masing-masing.

Fasha Sandha juga menambah, Aidil Aziz berjaya memenangi hati anaknya dan amat rapat dengan dua orang anaknya menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.



Ini kenyataan Fasha Sandha:

"Saya dan Aidil dah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya.


"Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil. Malah, Aidil antara lelaki yang paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka.


"Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil ni senang saja. Mungkin sebab Aidil ada aura budak-budak"



Fasha Sandha akui mereka berdua mula mengenal hati budi sejak bergandingan dalam siri sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.


Kisah hubungan mereka mula dihidu apabila ada satu video menunjukkan kemesraan Fasha Sandha dan Aidil Aziz di lapangan terbang.


Video tersebut bertebaran di media sosial dan akhirnya mereka berdua mula terbuka menunjukkan hubungan.


Sejak itu Fasha dan Aidil ada memuatnaik gambar bersama di laman IG. Malah Aidil turut menemani Fasha di beberapa majlis.



Yang terbaru, Fasha Sandha telah menyambut hari lahir Aidil Aziz dan membuat kejutan buat Aidil, ianya amat sweet sekali.

Ramai peminat mendoakan hubungan mereka akan bersemi sehingga bergelar suami isteri- PENMERAH

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.