Header Ads

"Dugaan Perkahwinan Terlalu Kuat, Jadi Terkenal Juga Satu Dugaan" Luahan Isteri Datuk Aliff Syukri

 
Tagline "Terlajak Laris" memang tak asing lagi di Malaysia. Dari usia yang kecil sampailah ke atuk nenek, semua orang pun tahu milik siapa tag line ini, tak lain tak bukan Datuk Aliff Syukri.

Boleh dilabel sebagai "usahawan selebriti", Datuk Aliff Syukri kini satu nama yang cukup gah di tanah air, Malaysia.



Juatawan ini telah pun berkahwin dengan seorang bekas penyanyi nasyid iaitu Datin Shahida.

Semalam, genaplah perkahwinan pasangan ini selama 11 tahun. Tempoh yang agak lama juga untuk pasangan yang baru berumur 30an.

Dati Shahida, telah menulis satu luahan dan ucapan khas sempena anniversarry mereka yang ke sebelas ini.

Jom baca:



DULU MERUNGUT RUMAH TAK CANTIK

"Hari ini genap usia perkahwinan kami mencecah 11 tahun 10/8/2007-10/8/2018. Terasa cepat masa berlalu....anak-anak pun makin bertambah. Syukur dikurniakan kehidupan yang lebih baik berbanding dahulu. 

"Dalam kehidupan kita ni banyak benda berlalu bagaikan mimpi. Dulu saya nak ada rumah cantik, saya selalu merungut dekat @aliffsyukriterlajaklaris saya kata tengok rumah orang lain semua cantik rumah kita tak lawa, tapi dia cakap sabar lah kumpul duit dulu. Alhamdulillah rezeki Allah selalu ada untuk orang sabar dan berusaha.



DUGAAN BANYAK

"Perkenalan singkat yang membawa ke jinjang pelamin. Dugaan perkahwinan terlalu kuat. Dugaan menjadi terkenal juga satu dugaan. Orang selalu tanya kenapa saya kahwin dengan @aliffsyukriterlajaklaris saya tiada jawapan. Sebab Jodoh itu Rahsia Allah. Cuma saya yakin suami saya adalah yang terbaik. Tidak merok0k, tidak keluar malam, bukan kaki permpuan, bukan kaki mabk, rajin berusaha dan mencari nafkah buat keluarga. 

"Zaman dia baru berniaga dia tak akan balik selagi dia tidak mendapat gaji sehari seperti beliau bekerja sebelum ni. Dia juga pernah telefon saya menangis sedih bila barang jualannya ketika itu tidak ada seorang pun yg nak beli. Isnya Allah akan jadi pembimbing yang baik juga.



HARGAI SUSAH PAYAH ALIFF SYUKRI

"Dikeji dicaci dihina kadang dipuji tidak menjadi kudis buat kami. Allah lebih mengetahui. Percaturan Allah tak pernah salah sentiasa berbaik sangka. Mudahan anda semua mendoakan perkahwinan kami diberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, jadikan keluarga kami keluarga yang sakinah mawaddah dan warahmah.

"Saya tidak romantis dan agak malu nak tulis kata-kata romantis dekat sini. Cukuplah @aliffsyukriterlajaklaris mengetahui betapa saya dan anak-anak menghargai setiap jerih payah dia mencari rezeki buat keluarga kami.

Sumber: IG Datin Shahida

Tahniah buat pasangan ini yang saling melengkapi antaar satu sama lain. Semoga perkahwin mereka berdua berkekalan dan sentiasa mendapat redha dari Nya. -PENMERAH

No comments

Powered by Blogger.