Header Ads

Datuk Aliff Syukri Dikecam, Rakam Dan Muatnaik Video Marahi Anak

 
Jutawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman Terlajak Laris memang terkenal dengan gayanya yang suka merakam segala aktiviti hidupnya di laman media sosial.

Tak kiralah apa, semua pun hendak dirakam oleh Datuk Aliff Syukri.

Yang terbaru, Aliff Syukri telah memuatnaik satu video menunjukkan beliau sedang memarahi anaknya bernama Baem.



Namun video itu menerima pelbagai kritikan dan komen negatif dari netizen ekoran cara Datuk Aliff Syukri yang dilabelkan sebagai agak keterlaluan, apatah dibuat dan direkod dengan video.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata bersetuju agar situasi itu tidak sepatutnya dikongsi di media sosial kerana perkara ini adalah hal peribadi.

Sepatutnya, Aliff Syukri memarahi anaknya secara privasi dan biar dia memahami apa kesalahannya agar dia tidak mengulanginya.

Namun bagi Datuk Aliff Syukri, dia ada sebab tersendiri kenapa dia memilik untuk memarahi anaknya sedemikian.



Ini tulis nya di laman IG:

"Penat saya tanam pokok sayur berbulan-bulan, semua Baem cabut dan simbah dengan bahan peluntur hingga mati.

"Hanya orang yang sayang pokok sahaja tahu perasaan saya, anak-anak ni kalau kita baik sangat dia pijak kepala"


Anak Aliff Syukri telahpun memohon maaf kepada Aliff dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Ini video dari mStar:




Pelbagai komen di berikan oleh netizen tentang video ini.

Ada yang menyokokng Datuk mendidik anak, dan ada yang mengecam video ini.

Sebenarnya ada dua pihak yang mengecam. Satu cara Datuk yang terlalu kasar. Yang kedua pula ialah mereka mempersoalkan kenapa video seperti ini perlu direkod dan ditayang kepada umum.

Ini antaranya:






Sumber: IG Alif Syukri / mStar

1 comment

zetty izati said...

sikit ja tu...dulu mak aku pukul aku dengan batang tebu sampai lebam sebab tanak nasi sampai rentung ��...okay ja....hidup sampai sekarang...

Powered by Blogger.