Header Ads

Datang Ofis, Sekali Nampak Tunang Tengah Suap Jantan Lain..


Kini ada satu kisah yang sedang viral di kalangan netizen. ianya tentang kisah seorang lelaki yang ternampak tunangnya sedang makan bersuap dengan lelaki lain.

Kisah ini merupakan pengalaman seorang pengguna laman Twitter bernama Qadeerrr yang terserempak dengan lelaki berkenaan.

Agak sedih juga dengar kisah ini. Mana tak nya si lelaki datang beriya iya nak bagi tunangnya makanan sekali ternampak wanita itu sedang makan dengan lelaki lain, malah tengah bersuap lagi.

Adui kenapa sampai macam tu sekali.

Jom baca kisah penuh di bawah ini:



Tadi aku gi bank. Aku disapa oleh sorang mamat ni dengan muka yang bengang. Tapi mamat tu nampak chill je. Dia tanya aku,
'Bang, mintak tolong boleh ke?'
Aku jawab 'insyaAllah. Apa dia?'
Dia pun hulur kat aku satu plastik kecik. Dalam plastik tu ada satu tupperwear.

Aku check dalam tupperwear tu ada apa. Aku noticed ada Kue Tiaw Goreng. Aku tanya mamat tu, 'asal dengan makanan ni?'. Aku assumed dia mintak aku tolong buang ke apa kan. Rupanya tak. Dia pun sambung..

'Abang nampak tak awek yang pakai baju hijau muda kat kedai makan tu?'
'Berdua dengan lelaki baju putih tu ke?'
'Ya bang'
'Haa ye nampak. Asal?'
'Tu tunang saya' :')




Brader tu pun sambung lg, 'saya tanya dia, dah lunch ke belum. Dia kata belum. Saya masak la mee ni untuk dia. Sampai je nak naik opis dia, perasan dia tgh suap nasi kat mulut jantan tu.'

Pastu aku tanya dia, dia nak aku buat apa dengan mee tu. Kot la dia nak suruh aku bagi kat perempuan tu ke apa en. Dia bagi aku  dia cakap buat la nak buat apa dgn mee tu. Asalkan jgn buang je sbb modal dia beli brg untuk buat mee tu saki baki gaji dia bulan ni.

Aku sebak gila doe time ni. Muka brader tu tak handsome pun tapi bila dia kena camni, bapak kesian sial 😭




Weh korang yang perempuan asal perangai camni eh? Mulut sedap cop lelaki 'perangai' semua, kaum kau buat perangai camni kau tutup mata?

Dah bertunang, buat cara dah tunang bai. Kau menyndal dengan jantan lain kat belakang tunang kau, kau ingat lelaki ni takda hati perasaan ke?

Bila lelaki maki hamun kau, mula lah kau cakap lelaki ni mulut jahat apa bana semua. Tapi kau sedar tak benda yang kau buat ni sakit yakmat? Weh kau memang takda hati perut!

Aku pandang lama masa brader tu bercakap dengan aku. Aku boleh baca air muka dia yang dia memang kecewa level haaa level em aku malas cakap. Tapi dia memang upset gila tadi.




To those yang dah bertunang tu aku mintak sangat weh. Tolong lah, appreciate fiance masing². Susah sangat ke? Gaduh, kadang sampai tawar hati tu benda biasa wei. Dah nama pun ujian bertunang. Cuba push sikit diri tu untuk setia 😢

Kau kena ingat doe. Dunia ni berpusing. Harini kau buat kat orang, esok lusa orang buat kat kau pulak. Kalau tak kena pada kau, esok lusa kau akan berkahwin, kau akan ada anak, Allah balas pada anak² kau pulak. Kau nak ke?

Sebabtu kifarah ni jangan dibuat main 😢

Aku harap sangat Allah kurniakan kekuatan pada brader td. Aku tahu apa yg dia tgh hadap ni sakit. Mmg sakit. Aku dengar pun panas hati. Ni pulak dia yang mengalami. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku harap aku dijauhkan dr manusia yg tak pandai bersyukur ni. Aamin


Sumber: Twitter Qadeerrr

Jadi pengajarannya jangan lah kita ni asyik nak pasangan dua dan cubalah setia dengan yang satu. Bukannya susahpun. Setia lah kau sebelum terlambat! - PENMERAH

No comments

Powered by Blogger.