Header Ads

Dah tolong, LIAT nak bayar, kemudian MENIPU pula.. Sila SELESAIKAN minggu ini!


Lumrah kehidupan memang ada orang yang dalam kesusahan dan akan meminta tolong orang lain, terutama dari segi kewangan.

Namun, ada juga yang susah untuk bayar balik walapun menabur kata-kata manis ketika ingin meminjam.

Ini lah yang berlaku kepada penyanyi Shiha Zikir, apabila dia mendakwa ada lah seseorag yang meminjam wang darinya dan kemudian menipunya.

Shiha Zikir meluahkan perasaannya di laman media sosial dan memberi tempoh seminggu kepada individu berkenaan.

Jika tidak penyanyi berkenaan ingin membuat report police.



Ini luahan Shiha Zikir:

Saya rasa dah lama saya bertahan..Tapi hari ni setelah berbincang dengan team,saya harap post saya ni dapat bagi sikit pengajaran buat kalian yang saya maksudkan setelah saya banyak bersabar sejak semalam.


Buat orang yang menjadi salah seorang kenalan yang saya percaya,terima kasih banyak sebab buat Shiha macam ni. Terima kasih sebab MENIPU, terima kasih sebab bawak lari duit saya dan hilang tanpa berita.


Shiha tak cukup baik ke selama ni? Lepas Shiha bagi pinjam duit, lepas tu kita selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan Shiha?




Waktu nak hutang bagi alasan macam-macam.Bila dia sentuh soal anak bini,Shiha pun tolong la ringankan beban dia. Dah tolong, LIAT pulak nak bayar. Dah liat nak bayar, MENIPU pulak.


Dah MENIPU, bawa lari duit hasil titik peluh orang pulak. Oleh sebab banyak sangat masa dah Shiha bagi, sekarang Shiha bagi setakat minggu ni sahaja untuk selesaikan segala hutang dan duit yang awak bawak lari tu.



Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama still hilang tanpa berita. ISNIN depan Shiha tak teragak-agak buat report polis dan up kan gambar di media sosial dengan harapan dapat laaaa orang cari awak kot2-kot la anything bad happen dengan awak. Risau jugak.


Call / whatsapp semua kau diam kan? Semalam dah jumpa anak bini awak pun dia tak tau awak pegi mana.. Ok now baca dan hadamkan ayat ni betul-betul.

Sumber: IG Shiha Zikir



Semoga segalanya dipermudahkan buat Shiha Zikir di atas kesulitan ini. Dah pinjam tak baik larikan diri. Kalau tak boleh bayar, bayarlah sikit-sikit dan jangan buat begitu.

Kepada yang tak tahu, Shiha Zikir ini merupakan penyanyi sedang meningkat naik. Beliau mula popular sebagai peserta rancangan hiburan D’Academy Asia Insdonesia.

No comments

Powered by Blogger.