Header Ads

"Cinta abadi saya.." Nurul Izzah dedah cinta pertama dan cinta abadi




Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan dan bertegas akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini, kerusi parlimen berkenaan mempunyai kenangan  indah dan dilabel sebagai 'cinta abadi' oleh Nurul Izzah.



Yb Nurul Izzah menjawab soalan yang diajukan sama ada adakah beliau akan memberi laluan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menduduki kerusi yang pernah diwakili pemimpin PKR itu.

Nurul Izzah menjawab dan memberi perumpaan 'cinta'  kepada kawasan parlimen.

Ini komennya:

"Cinta pertama dan kedua saya adalah Parlimen Lembah Pantai, namun Permatang Pauh adalah cinta abadi saya.

"Saya sangat komited (di Permatang Pauh). Saya ada banyak agenda untuk dilaksanakan di sana dan akan kekal di Permatang Pauh sehingga akhir tempoh penggal Parlimen,"

Ini videonya: (MalaysiaKini)





Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytihar sebagai calon tunggal dan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PKR.

Ini telah membuka ruang untuk Pakatan Harapan (PH) meneruskan pelan awal dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pengampunan diraja baru-baru ini sekaligus membolehkan beliau terus meneruskan kerjaya dalam bidang politik serta merta.

Diimbas kembali, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ada memberi bayangan akan kembali ke Parlimen dalam masa terdekat namun tidak dapat dipastikan dimana dan ianya terus menjadi teka-teki. -PENMERAH

Sumber: MalaysiaKini / HarianMetro



No comments

Powered by Blogger.