Header Ads

"Biarlah dia menjawab di akhirat nanti" -Aeril Zafrel


Ini perkembangan terkini tentang pelakon Aeril Zafrel yang terlibat dengan satu kes yang agak menyedihkan.

Mana tak sedih, Azeril Zafrel telah hilang wang berjumlah RM100,000 akibat ditipu seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk'. Jumlah wang itu bukannya kecil, malah ianya amatlah besar sampai 6 angka.

Pelakon ini berkata kejadian ditipu itu pun dah agak lama dan penipu bergelar Datuk itu masih belum lagi dapat dikesan.



Menurut suami kepada Wawa Zainal ini, dia berkata sudah laporan polis tentang kes tersebut namun sehingga sekarang kes ini masih senyap.

Oleh kerana seperti sudah tidak daya lagi memikirkan kerugian yang dialami, Aeril Zafrel seeprti sudah redha dengan kes itu.


Ini komen Aeril: (via Harian Metro)

"Daripada terus fikirkannya saya sudah sampai tahap reda. Soal duit itu, biarlah dia jawab di akhirat nanti. Lagi pun, kalau saya nak juga mencari 'dia', banyak benda harus dilakukan dan perkara itu sampai bila pun takkan selesai.

"Jadi, lebih baik teruskan kehidupan dan kepada individu itu biarlah dia menjawab semuanya di akhirat nanti. Daripada saya terus memikirkan kehilangan duit itu, lebih baik saya fokuskan pada kerja. Apatah lagi, saya sudah berkeluarga.

"Saya ada isteri dan anak perlu dijaga kebajikan dan keperluan mereka. Lagi pun, duit itu dah tak jumpa," 




Sementara itu ditanya tentang tindakannya yang sering tayang foto kemesraan dengan isteri Wawa zainal, kata Aeril ianya hanya sekdara tempat meyimpan memori.

Aeril Zafrel berkata, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagian dalam rumah tangga dengan Wawa Zainal kepada orang ramai.


Ini jelasnya: (via mStar)

"Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja. Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan"





Aeril Azfrel bernikah dengan pelakon cantik Wawa Zainal dan telah dikurniakan dua anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 5 tahun, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3 tahun.

Sumber: Harian Metro / mStar

No comments

Powered by Blogger.