Header Ads

Bapa Mia Sara Dedah Perkara Sebenar, Punca Pelakon Cilik Itu Masuk Hospital

 
Pelakon cilik yang amat popular di Malaysia iaitu Mia Sara Nasuha telah dikejarkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

Pelakon yang kini berusia 13 tahun itu disahkan ditahan di wad di Thomson Hospital Kota Damansara.



Ramai yang nak tahu apa sebenarnya punca Mia Sara Nasuha sakit sampai masuk ke hospital.

Untuk menjawab perkara berkenaan, bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh tampil mendedahakan hal sebenar.

Melalui laporan BH Online, bapa Mia Sara Nasuha mengesahkan anaknya terkena jangkitan kuman di saluran kencing dan turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.



Ini kenyataan ayah Mia Sara Nasuha (BHarian):

"Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.

"Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,"




Sakit ini terjadi mungkin akibat dari sikap Mia Sara sendiri yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi (kekurangan air).

Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia Sara tak ada penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.

Tentang spekulasi yang muncul, baopa Mia akui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai andaian, termasuk kononnya anaknya itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

"Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,"



Di laman IG, Mia Sara akui sakitanya kembali dan meminta orang ramai mendoakan dirinya supaya kembali sihat.

Ini tulis Mia Sara:

"Selamat malam semua. Mia sakit balik nampaknya. Minta tolong doakan Mia cepat sembuh ya"

Semoga Mia Sara Nasuha cepat sembuh ya! - PENMERAH

 Sumber: Berita Harian / IG Mia Sara

No comments

Powered by Blogger.