Header Ads

Anak Kecil Ini Tak Berdosa, Tak Perlu Tanya Status Sah Taraf Ke Tak - Abby Abadi



Selebriti yang kini telahpun berhijrah, Abby Abadi diketahui ramai telah menimamg cahaya mata baru. Pelakon Gerak Khas ini telah mengambil dua orang anak angkat yang baru dilahirkan.

Namun seperti biasa ada sahaja yang sibuk mengungkit tentang status anak kecil ini. Sampai ada yang tanya adakah anak ini sah atau tidak.

Bekas penyanyi kumpulan Elite ini tampil memberi komen tentang isu ini dan menasihatkan supaya tidak mempertikaikan status anak tersebut.

Baginya, anak kecil ini tak salah dan mereka tak berdosa utnuk membawa kisah silam lampau yang dibuat orang lain.



Abby Abadi turut sedia memberi bantuan pada individu yang mempunyai anak tidak sah taraf.

Ini kenyataannya di laman IG:

"Alhamdullillah syukur Allah permudahkan segalanya. Mana-mana adik, kakak, ibu yang sedang mengandung dan akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

"Dimana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik dan kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup diatas muka bumi Allah ini.




"Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka kerana 1001 macam masalah dalam dunia ni. Tak tertulis kat sini.

"Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal Allah atau sebaliknya,"


Salam Jumaat 😍 . Kes tadi dah selesai ye. Alhamdullillah syukur ALLAH permudahkan segalanya 😍 . Mana2 adik, kakak, ibu2 yg sedang mengandung, yg akan mlahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye Adik Kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak utk hidup diatas mukabumi ALLAH ini . Satu lagi: Untuk anak2 yg dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini Yg pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam. Sekian. Okbai 😘
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on



Bulan lepas, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua orang anak angkat, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Nama anak angkat nya itu diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, Marissa Dania Hakim, 13 tahun, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Hubungan mereka amat baik sekali dan sering dilihat bersama.

Sumber: IG Abby Abadi / Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.